Saturday, August 11, 2012

Menakjubkan : Masjid yang dibuat dari pokok sagu


Di bahagian timur Indonesia berdiri sebuah masjid tua Wapawue yang sangat bersejarah dan selalu diliputi keajaiban. Bukan sekadar tua, melainkan yang tertua di Maluku kerana telah ada sejak tahun 1414 M. Dari segi seni binanya, boleh jadi inilah satu-satunya masjid yang terbuat dari pelepah sagu dan dipertahankan keasliannya selama berabad-abad. Berdiri di atas sebidang tanah diberi nama Teon Samaiha. Letaknya di antara pemukiman penduduk Kaitetu. Pembinaannya berdinding gaba-gaba (pelepah sagu yang kering), masih berfungsi dengan baik sebagai tempat solat, walaupun sudah ada masjid baru di desa itu. Bangunan induk Masjid Wapauwe hanya berukuran 10 x 10 meter, sedangkan bangunan tambahan yang merupakan serambi berukuran 6.35 x 4.75 meter.


Rekaan bangunannya berbentuk empat bujur sangkar. Dalam masjid ini tersimpan Mushaf Alquran yang konon termasuk tertua di Indonesia. Yang tertua adalah Mushaf Imam Muhammad Arikulapessy yang selesai ditulis (tangan) pada tahun 1550 dan tanpa iluminasi (hiasan tepi). Sedangkan Mushaf lainnya adalah Mushaf Nur Cahya yang selesai ditulis pada tahun 1590, dan juga tanpa iluminasi serta ditulis tangan pada kertas produk Eropah.





.

2 Penyokong CHELSEA:

Nur Suhada on August 11, 2012 at 5:32 PM said...

Menakjubkan!

I do I need Iman on August 11, 2012 at 8:43 PM said...

bagusnya masjid ni :d

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!