Sebuah majalah di AS baru-baru ini menerbitkan sebuah tulisan yang dianggap menyinggung wanita muslim. Cerita yang dimuat di majalah Vice tersebut menceritakan pengalaman wakil editor fashion, yang bernama Annette Lamothe-Ramos, yang memakai niqab (pakaian wanita muslim + cadar) selama satu hari dan mengelilingi kota New York. Dalam tulisannya, Annette yang menyebut pakaian yang dia kenakan dengan nama burqa (padahal seharusnya niqab), menceritakan bahawa ketika dia mengenakan niqab dan berjalan-jalan, ramai orang yang ketakutan pada dirinya.
Dia pun menyatakan bahkan anjing peliharaannya pun takut ketika dia mengenakan niqab. Hal yang paling menyinggung ialah ketika Annette merasa dirinya mirip dengan Batman kerana memakai niqab. Dia juga menceritakan bagaimana pakaian tersebut membuat dirinya berkeringat sangat banyak. Annette menyatakan bahawa salah satu nilai kegunaan memakai niqab ialah tak perlu lagi memakai payung jika hari hujan. Tentu saja tulisan yang di post di website dan di majalah ini mendapat komen beragam dari para pembacanya.
Kebanyakan komen menyatakan bahawa tulisan Annette sangat menyinggung dan melukai hati wanita muslim. Annette juga disebut sebagai orang yang tak sensitif dan tak memiliki perasaan kerana suka hati membandingkan pakaian kehormatan wanita muslim dengan kostum superhero. Namun dalam akhir tulisannya, Annette juga menyatakan bahawa dari eksperimennya, dia belajar untuk lebih menghargai wanita yang memakai niqab dan burqa.
.
5 Penyokong CHELSEA:
maybe dia cuma nak expresikan experience dia je..tapi terlalu jujur...lastly dia kata lebih menghargai kan...so, xle la hentam seratus peratus kan...orang macam dia mmg dah negaif..mmg akan jadi tambah negatif la sbb dia more to fashion sense je..
Dia mmg patut menghargai wanita berniqab... Betapa besarnya kesabaran seorang wanita muslimah untuk menjaga aurat walaupun terpaksa berkeringat.. :)
Dunia semakin singkat..
she'll find something good about it.
maybe dia sekadar penulis picisan yang suka mencari sedikit kontroversi.. BIarlah dia..
doakan dia dapat hidayah...
hmmm...nasib die kate die hormat kat perempuan berniqab...die nk menyatakan perasaan die kot..
Post a Comment