Wednesday, September 26, 2012

Ikan emas merebut gelaran Ratu Ikan Emas Sedunia.


3000 ikan emas dari 14 negara di seluruh dunia bersaing merebut gelaran sebagai Ratu Ikan Emas Sedunia. Pertandingan ini merupakan bahagian dari International Goldfish Championship, kejuaraan ikan emas yang pertama kali digelar di dunia. Jika dalam pertandingan ratu cantik seperti Miss Universe para pesertanya berlenggak-lenggok di atas pentas, lain halnya dengan para calon ratu kecantikan yang satu ini. Oddity Central, melaporkan, ikan emas peserta diletakkan didalam bekas putih di lokasi pertandingan. Akhir minggu akan datang, para dewan juri akan memutuskan siapa pemenang dalam pertandingan yang berlangsung d Fuzhou, provinsi Fujian, China itu.

“Kami menilai berdasarkan lima kriteria, iaitu asal-usul keturunannya, bentuk tubuh, gerakan saat berenang, warna, dan kesan secara keseluruhan,” papar Ye Qichang, salah satu anggota dewan juri kepada Reuters. Walau belum memutuskan siapa pemenangnya, para juri telah memiliki peserta favorite, iaitu seekor ikan emas dengan berat badan 1.75 kilogram. Peserta yang satu ini menarik perhatian para dewan juri kerana ukuran tubuhnya dan kelincahannya saat berenang. “Tidak semua ikan emas boleh sebesar ini. Ikan emas tidak dapat membesar sebesar itu jika mengidap penyakit selama masa perkembangbiakan. Ikan emas yang satu ini cukup berbeza,” ujar Ye Qichang.







.

1 Penyokong CHELSEA:

iznawzi on September 26, 2012 at 4:18 PM said...

wah..ada juga pertandingan mcm ini....nak mita tolong untuk LIKE kat sini jap..plsss.... https://www.facebook.com/iznawzi/posts/435281483176352?notif_t=like

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!