Dulu, patung Barbie merupakan mainan yang paling diminati oleh anak perempuan, bahkan masih tetap menjadi kegemaran hingga sekarang ini. Ramai di antara mereka yang bercita-cita menjadi cantik seperti patung Barbie tersebut. Sama halnya dengan karakter animasi yang dipopularkan oleh negara Sakura, Jepun.
Karakter animasi dalam filem mahu pun komik juga menjadi kegemaran sebahagian besar orang dari berbagai kalangan usia. Uniknya, hal ini tidak hanya mempengaruhi penduduk Asia, tetapi juga negara barat, salah satunya adalah Ukrain. Di Ukrain, ada seorang gadis 19 tahun yang bernama Anastasiya Shpagina.
Anastasiya sangat obses untuk menjadi karakter animasi yang hidup di dunia nyata, sehingga dia nekad berdandan unik ala karakter animasi. Gadis remaja yang akrab dipanggil Nastya ini, juga memiliki nama Jepun, iaitu Fukkacumi. Nastya memerlukan waktu 2 jam untuk merias wajahnya setiap hari agar dia dilihat mirip seperti karakter anime Jepun. Dia juga ingin menurunkan berat badannya sedikit lagi agar tubuhnya dilihat ramping seperti seorang karakter animasi dalam filem-filem animasi Jepun. Sedangkan berat tubuhnya kini sudah 39 kg.
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment