Mungkin ramai yang tidak mengetahui mengenai kewujudan tiga bongkah batu ajaib di bandar Pasuruan, Jawa Timur. Menurut penduduk tempatan, ketiga-tiga batu ajaib itu mempunyai keistimewaan dan nama yang tersendiri. Suwijo, seorang tokoh masyarakat di Pasuruan berkata, satu daripada batu itu diberi nama oleh penduduk kampung sebagai 'batu drum'. Menurutnya, batu yang berdiameter satu meter itu akan berbunyi jika dipukul, walaupun dengan hanya menggunakan tangan.
Katanya, satu lagi bongkah batu ajaib itu dinamakan 'batu kerusi' kerana ia kelihatan seperti kerusi, tetapi tegasnya, penduduk tempatan percaya 'batu kerusi' itu tidak boleh diduduki oleh manusia atau akan menerima bala. Suwijo berkata, batu ajaib ketiga yang ada di bandar Pasuruan adalah 'batu solat'. Menurutnya, baru solat yang berdiameter 1.5 meter dikatakan ajaib kerana ia mengeluarkan haruman sehingga jarak tiga meter serta dipercayai telah digunakan sebagai tempat menunaikan solat ketika zaman Belanda. - AGENSI
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment