Saturday, September 1, 2012

Nekad bedah tubuhnya sendiri kerana terlalu miskin


Kemiskinan memang boleh membuat orang berani melakukan apa saja termasuk tindakan yang berbahaya. Seperti yang terjadi di China seorang wanita berumur 53 tahun bernama Wu Yuanbi melakukan pembedahan pada dirinya sendiri dan dia nekad menggunakan pisau dapur. Dia bekerja sebagai pekerja migran dan selama 13 tahun menderita sindrom Budd-Chiari dengan gejala perutnya secara bertahap terisi cairan dalam jumlah besar. Keadaannya tersebut membuatkannya tidak boleh bekerja dan melakukan aktiviti yang paling sederhana sekalipun. Setelah suaminya pulang kerja dia sangat terkejut mendapati isterinya telah terbaring penuh darah, dengan ususnya yang terburai. Diapun segera dikejarkan ke hospital dengan perut yang robek sepanjang 10 cm.


Dia berhasil diselamatkan oleh petugas perubatan. Ketika kisahnya muncul di media akhirnya mendapat rawatan percuma di sebuah hospital di Chongqing. Tentunya keluarganya menyambut gembira namun tetap risau jika cairan tersebut kembali menumpuk di perutnya. Kisah mengenai keluarga miskin di China memang sering terdengar dan pihak berwajib mengatakan banyak keluarga di desa yang kehilangan seluruh hartanya setelah menjalani prosedur pembedahan. Hal itu disebabkan mereka tidak mahu membayar untuk insuran kesihatan yang murah.






.

1 Penyokong CHELSEA:

ZULHILMI TEMPOYAK on September 1, 2012 at 10:09 PM said...

sakit apa x diketahui..?

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!