Wednesday, September 12, 2012

Ning Baizura tarik diri persembahan Souled Out


PENYANYI bersuara soprano, Ning Baizura menarik diri daripada mengadakan persembahan di Souled Out 28 September ini. "Kami ingin memaklumkan kepada semua pihak bahawa Ning Baizura telah menarik diri daripada persembahan di Souled Out yang bertarikh pada 28 September 2012," kata pihak pengurusan Ning, HappenNINGS (M) Sdn Bhd dalam satu kenyataan akhbar yang disiarkan di laman webnya. Penyanyi itu dukacita di atas penyalahgunaan gambarnya pada poster promosi mengenai penglibatannya dalam persembahan acara ‘Guinness Arthur’s Day’ yang akan berlangsung di Bukit Kiara.

Ning berkata dia tidak terlibat langsung dalam promosi jenama arak itu dan gambarnya telah digunakan tanpa mendapat persetujuan daripada pihaknya. Pihaknya turut menjelaskan bahawa Ning telah ditempah oleh pihak pengurusan Souled Out untuk membuat persembahan pada tarikh itu dan bukannya didampingi oleh Guinness Anchor Berhad. Pengurusan penyanyi itu turut berkata, pihaknya sentiasa berhati-hati supaya tidak mengaitkan persembahan Ning dengan mana-mana syarikat yang mempromosikan minuman keras.

3 Penyokong CHELSEA:

Unknown on September 12, 2012 at 4:22 PM said...

elok juga tarik diri..

Namee Roslan on September 12, 2012 at 6:09 PM said...

susah jugakjadi artist kan...disalahgunakan macam tu je. :/ tak tahu menahu pun kena buat persembahan untuk event yang ditaja oleh product macam tu.

Unknown on September 12, 2012 at 7:46 PM said...

wah..bagus! inilah kita nak :)

rezeki lain ada.. :)

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!