Sebuah kedai roti di kota Homs Syiria ‘menjual’ rotinya dengan bacaan surah Al-Fatihah setelah bangunan dan masjid yang berdekatan dengan kedai itu dihancurkan tentera rezim Assad. Beberapa halaman di laman jejaring sosial Facebook menyebutkan bahawa pada papan yang terletak di atas ‘kedai roti para syuhada’ itu tertulis “Satu roti untuk bacaan surah Al-Fatihah.” Para pemuda yang bekerja di kedai itu membahagi-bahagikan roti secara percuma kepada masyarakat dengan syarat mereka mahu membaca surah Al-Fatihah dan niatnya dikirimkan untuk para syuhada yang berasal dari kota Homs dan kota lainnya di Syiria. Kegiatan ini dilakukan agar warga kota lain terbuka hati untuk menyalurkan bantuan ke Homs.
Menurut salah seorang aktivis Homs, “Anak-anak di sini membaca surah Al-Fatihah untuk mendapatkan sejumlah roti yang akan mereka bahagi-bahagikan ke rumah penduduk.” Tindakan seperti ini, seperti yang dianalisa beberapa pemerhati dan aktivis politik, menunjukkan bahawa rakyat Syiria dapat bersatu untuk menghadapi perang yang sedang dilancarkan oleh rezim Assad. Nampaknya sepotong roti percuma yang didapatkan dengan bacaan surah Al-Fatihah lebih besar kesannya daripada pesawat yang membom wilayah itu dan menghancurkan masjid-masjidnya sehingga mereka tidak memperdulikan tentera pro Assad yang akan menyerang mereka tiba-tiba.
Perlu diingat bahawa Bashar Al-Assad telah mengubah kota Homs menjadi kota bencana kerana dianggap sebagai kubu revolusi Syiria, ini dibuktikan dengan adanya kerosakkan bangunan di mana-mana. Rezim Assad menghentikan pasukan makanan dan ubat-ubatan bagi warga Homs agar mereka menyerah dan undur dari perjuangan melawan Assad. Pada kenyataannya mereka tetap bertahan dan memberikan contoh terbaik kepada semua orang.
.
4 Penyokong CHELSEA:
ya Allah...bantulah saudara ku dalam perjuangan mereka disana. ='(
Speechless :) Al Fatihah.
YA ALLAH moga warga2 yang teraniaya dilindungi oleh Mu
semangat islam terus membara..Allahuakbar!
Post a Comment