Wednesday, September 26, 2012

Transformers 4 bakal menyusul


Pengarah filem Michael Bay semalam, mendedahkan perancangannya untuk menghasilkan siri keempat filem robot terkenal, Transformers. Bay, 47, menyatakan yang Transformers 4 dibuat kerana dia tidak mahu pihak lain 'merosakkan' perjalanan siri filem tersebut. "Sebelum ini, saya pernah menyatakan bahawa tidak akan menghasilkan lagi filem sorotan Transformers. "Namun, saya mendapat inspirasi untuk melakukannya lagi selepas permainan roller-coaster Transformers di Universal Studio mendapat sambutan hebat daripada pengunjung," katanya.

Bay berkata, keputusannya untuk menghasilkan Transformers 4 turut mendapat sambutan positif daripada krew-krew penerbitan. "Transformers merupakan satu filem legenda yang akan diingati sampai bila-bila. Oleh itu, saya tidak mahu mana-mana pihak mengubah dan merosakkan keaslian filem tersebut. "Walaupun beberapa pembaharuan akan dibuat, namun keasliannya tetap dipelihara," ujarnya. - AGENSI







.

3 Penyokong CHELSEA:

beat on September 26, 2012 at 12:30 PM said...

best oo cita nih..saya bt koleksi

Izwa Kamaruddin on September 26, 2012 at 1:56 PM said...

tak sabar!

Hanis Azla on September 26, 2012 at 2:34 PM said...

suka sgtlah anak2 akak ni.. sbb semuanya peminat transformers..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!