Thursday, October 25, 2012

Barrack Obama dan isteri bercerai?


Khabar angin tersebar, pengusaha kaya Donald Trump dikhabarkan telah menemukan surat cerai Michelle dan Barack Obama. Benarkah pasangan nombor satu AS itu telah bercerai? Pendedahan mengenai surat cerai itu sebenarnya pertama kali muncul dalam buku yang disiarkan awal tahun ini oleh Ed Klein. White House menyangkal hal itu dan berkata Klein punya sejarah suka mengada-adakan cerita. Dalam buku bertajuk ‘The Amateur’ itu, Klein mendedahkan bahawa Michelle telah mempersiapkan surat cerai untuk berpisah dari suaminya pada tahun 2000, ketika Barack gagal merebut kerusi DPRD Chicago.

Kekalahan Barack, menurut Klein, membuat Michelle muak kerana suaminya mempertaruhkan masa depan stabil dan aman demi cita-cita politiknya. Buku itu mendedahkan perkahwinan mereka goyah. Bahkan, Klein menyebut Barack mengalami depresi dan sejumlah kawannya risau dia akan bunuh diri. Akhir kata, Barack mencalonkan diri sebagai senator Negara Bahagian Illinois dan memenanginya. Lalu Michelle kembali menyokong suaminya.





.

2 Penyokong CHELSEA:

boni kacak on October 26, 2012 at 1:57 AM said...

hahahaha..macam kelakar je.hehehe

maszull on October 27, 2012 at 10:30 AM said...

assalamualaikum Lulu...yer la mcm kelakar jer...:)

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!