Saturday, October 20, 2012

Berhati-hati beli tablet murah.. Ini buktinya


Tidak sampai dua minggu dibeli, sebuah tablet keluaran Taiwan berharga RM770 yang dibeli seorang peniaga rosak walaupun dua kali dibaiki oleh pihak penjual. Menurut Ismail Abdul Halim, 39, berkata, tablet itu dibeli di sebuah pusat membeli-belah di bandaraya ini pada 16 Ogos lalu untuk dihadiahkan kepada anak bongsunya berumur lima tahun kerana berpuasa penuh. Katanya, pada mulanya, dia dan isterinya mahu memilih tablet berjenama terkenal, namun atas saranan pihak penjual, dia memilih jenama keluaran Taiwan itu disebabkan lebih murah namun berkualiti. “Ketika itu kami mahu membeli dua tablet dan memberi deposit sebanyak RM140, bagaimanapun kami berubah fikiran dan hanya membeli satu tablet sahaja untuk mencubanya dan akan membeli dua lagi tablet sekiranya berpuas hati.

“Dalam tempoh tidak sampai dua minggu, tablet itu tidak berfungsi. Saya membawanya kepada penjual berkenaan, setelah memeriksanya, mereka hanya menggantikan alat pengecas baru dan mendakwa bukan kerosakan tablet,” katanya ketika hadir ke mahkamah Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM), semalam. Menurutnya, selang beberapa hari kemudian, tablet berkenaan rosak lagi, dan dia menghantarnya semula untuk dibaiki. Namun tidak sampai sejam, kerosakan sama berulang membuatkan dia mahu memulangkan semula kepada pihak penentang.

“Saya mahu pulangkan dan membeli tablet jenama lain, namun pihak penentang mahu bayar hanya RM500, sedangkan ia masih dalam jaminan dan kerosakan itu bukan berpunca daripada kami. Sebab itu saya terpaksa memfailkan kes ini di mahkamah TTPM,” katanya. Sementara itu, Presiden Mahkamah TTPM, Quaik Chong Yu dalam penghakimannya memerintahkan pihak penentang memulangkan semula wang pihak yang menuntut sebanyak RM600 dalam masa 14 hari selepas award dikeluarkan. -SHarian






.

18 Penyokong CHELSEA:

TheLastAyam on November 12, 2012 at 5:38 PM said...

mahalnya.. mesti model asus transformer atau acer iconia nih

Anonymous said...

HAA....BELI YG ORI MACAM SAMSUNG,IPAD DLL. BELI YG X JENAMA GITULAH JADI NYA...

Anonymous said...

hahaha...ni kes x reti jaga la nihh
aku beli tablet rm260 je tahan da setahun guna hahaha

Anonymous said...

Biasalah benda ni nasib... biasalah ciptaan manusia dlm seribu mesti ade satu dua yg trlpas pndg kualitinya..
klu elok.. eloklah
klu rosak.. nk wat cmne

Nabil on December 17, 2012 at 12:26 PM said...

humm.. seller tu pon satu tak bertanggung jawab.. barang china klau rosak sbb daripada kilang 100% dijamin dapat claim waranty,,

normally 1bulan siap.. skarang dh ada seller yg repair sendiri tablet pc "shop waranty" (walaupon mereka sebenarny order dr china)

siapa yg nak cuba guna tablet pc bleh contact sy :)

Anonymous said...

hahaha ntah2 cmner ank 5 thun dia tu godek2

Anonymous said...

Alaaaa...aku beli sgs3, guna 2 hari dh hang dan restart...mother board rosak...jenama tu...

Anonymous said...

tablet brjenama mahal sbb jenama, bukan sebab kualiti.. kualiti sama saja..

muhammad syazwan said...

ala biase je aq beli tablet mahal tpi cpt rosk
kite kene jage2 klw x nnty rosk

Unknown on February 7, 2013 at 1:53 PM said...

@Anonymous
beli jenama apa tu???

Unknown on February 7, 2013 at 4:40 PM said...

ish3...

Unknown on February 20, 2013 at 4:58 PM said...

aku pakai Mytec punya model sampai sekarang masih boleh pakai...RM600 je aku beli....

Unknown on February 20, 2013 at 4:59 PM said...

aku beli Mytec punya model sampai sekarang masih boleh pakai.....RM600 je

zack mus on February 26, 2013 at 10:48 AM said...

dah beli pun .

entri terbaru saya Segmen Blogwalking oleh Eraz Fadli

Anonymous said...

Tau jaga selamat.

Unknown on April 8, 2013 at 1:34 PM said...

dulu saye ada terbeli jena ZTE, hargenye rm3oo, baru bwk balek dah rosak, gmbar di screen x dpt dpprkn
keesokannya saya antar balek kt centre nye, n dye just bagi charge yg baru apable sya dpt balik kerosakan yang sama berulng dan berulang sebanyak 4 x, alih2 tablet 2 jadi perhiasaan je la kat umaah...

Unknown on April 16, 2013 at 8:41 PM said...

aku pkai nova harge 350, dh 5 bulan ok je

Nabil on November 17, 2013 at 2:01 PM said...

Kalau tablet pc nak bagi budak0budak elok beli yang paling murah je.. budak ni tak brapa pandai jagan.. bli yg mahal pun boleh je baling selamba :)

so klau nak sari yang paling murah + warantty dan tab berkualiti daripada taiwan bukan China ye ..

bleh singgah kedai online sy .. harap dapat membantu kepada yg memerlukan :)

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!