Sunday, October 21, 2012

Candi Borobudur cipta sejarah


Candi Borobudur diiktiraf oleh Guinness World Records sebagai lokasi arkeologi Candi Buddha terbesar di dunia. Akhbar Surya Online melaporkan wakil Guinness World Records, Lusia Sinigagliesi berkata, Borobudur yang dibangunkan antara 750 dan 842 Masihi dengan keluasan 60,000 meter kubik, merupakan candi yang tiada bandingannya, ''Borobudur sebagai candi terbesar bukan sahaja menerima perakuan Guinness World Records tetapi juga daripada pelbagai pihak lain,'' katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan sijil pengiktirafan kepada Pengarah Taman Wisata Candi Borobudur Prambanan Ratu Boko, Purnomo Siswoprasetjo di sini, baru-baru ini. Lusia berkata, pemilihan candi itu juga dilihat daripada sudut jumlah kedatangan pelancong ke sana. Purnomo berkata, selain Candi Borobudur, tarian Sendratari Ramayana Prambanan juga diiktiraf oleh Guinness World Records sebagai tarian terbesar yang seninya bermula sejak 1961. - AGENSI





.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!