Wednesday, October 31, 2012

Ibu paling tua, berusia 61 tahun (dan ianya kembar)


Walaupun usianya sudah mulai senja, namun kegigihan wanita Brazil ini sungguh luar biasa. Selama 30 tahun, Antonia Asti berusaha keras untuk mempunyai anak. Akhirnya setelah dia menginjak usia 61 tahun, setiausaha pencen itu berhasil melahirkan anak kembar, Sofia dan Roberto. Atas pencapaiannya itu, Asti rasmi menjadi ibu tertua di Amerika Selatan. "Saya merasa yakin mampu membesarkan anak-anak," katanya dengan percaya diri. Kejayaan Asti bermula ketika dia dan suami Joe, menggunakan emrio beku berumur 10 tahun untuk memperolehi keturunan. Setelah beberapa kali percubaan, akhirnya percubaan keempat embrio itu sukses. Sebelum menggunakan embrio beku, 10 tahun lalu, pasangan dari Sao Paulo, Brazil ini sudah cuba IVF. Namun usaha itu gagal. Mereka kemudian cuba mengambil anak angkat, tapi tidak mendapat izin kerana dianggap sudah terlalu tua untuk mengasuh anak angkat.


Menurut ahli kebidanan Dr Orlando de Castro Neto, usaha tersebut sebenarnya dilakukan sebagai usaha terakhir Asti. "Dia ingin menggunakan mereka (embrio beku) sebagai cara baru dan usaha terakhir," ungkapnya. Bayi kembar itu akhirnya dilahirkan dengan bantuan pembedahan Caesar, ketika berumur 31 minggu. Keduanya masing-masing memiliki berat 0.907 kg, dan harus dirawat di hospital hingga mencapai berat badan yang ideal. Asti benar-benar memahami erti kalimat jangan menyerah. Kerana jika dia menyerah 10 tahun yang lalu, dia tidak akan menjadi seorang ibu seperti saat ini.






.

4 Penyokong CHELSEA:

http://emasriee.blogspot.com/ on October 31, 2012 at 4:24 PM said...

ada gak ek... tabahnya dia...

Unknown on October 31, 2012 at 4:37 PM said...

Thanx 4 That InForm

JunAina on October 31, 2012 at 4:55 PM said...

Ada lagi ke kudrat untuk memelihara anak dalam usia macam tu tapi itulah rezeki...

natasha on October 31, 2012 at 7:07 PM said...

Hai lulu...I also loves chelsea..I already follow u,hope u'll follow mine too...;)

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!