Saturday, October 6, 2012

Pulau aneh yang boleh berpindah tempat


SCHIERMONNIKOOG adalah sebuah pulau kecil di lepas pantai Belanda yang terus bergerak ke selatan dan timur kerana efek kombinasi angin laut saat ini. Pulau ini seperti boleh berpindah tempat. Pada 762 tahun yang lalu, Pulau Schiermonnikoog berada 2km ke utara dari posisinya saat ini. Pulau ini sebenarnya tidak benar-benar bergerak, laut mengikis pulau di satu sisi yang menyebabkan pulau memiliki bentuk yang sedikit berbeza setiap harinya. "Schiermonnikoog", nama ini berasal dari para biarawan yang dulu tinggal di pulau. "Monnik" bererti biarawan dan "Schier" adalah sebuah kata kuno yang bererti abu-abu, mengacu pada warna yang biasa digunakan para biarawan, ‘Oog” diterjemahkan sebagai pulau sehingga jika digabungkan,Schiermonnikoog dapat bererti ‘pulau para biarawan abu-abu”.

Pulau kecil berukuran 16km dengan lebar 4km ini merupakan laman taman nasional pertama di Belanda. Satu-satunya desa yang ada di pulau ini disebut dengan nama yang sama, iaitu Schiermonnikoog, dengan penduduk seramai 1000 orang yang tinggal secara tetap. Perlancongan menjadi sumber pendapatan utama pulau ini. Fasiliti yang tersedia di sini, berupa perkemahan, dermaga untuk kapal feri, pelabuhan untuk kapal-kapal kecil, 15 hotel, ratusan villa, dan apartmen.

Setiap tahun pulau ini dikunjungi oleh 300000 orang. Jika anda ingin berjalan-jalan menggunakan kereta di pulau ini, anda akan merasa seperti di jalan bebas kereta, kerana di pulau ini hanya terdapat 200 buah kereta.







.

2 Penyokong CHELSEA:

minah sEmpooOT on October 6, 2012 at 8:10 PM said...

waaa..menarik la..tapi xla bgerak mcm kete kan.. hik3

Anonymous said...

chelsea? #rafaout lol.

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!