Pergerakan seorang wanita di sini, sering terbatas sebelum ini kerana dia terpaksa bergantung sepenuhnya kepada kerusi roda setelah lumpuh separuh badan akibat kemalangan jalan raya yang dialaminya, sembilan tahun lalu. Namun kini, ada perubahan ketara dapat dilihat dari riak wajah Sophie Morgan, setelah dia mampu berjalan menggunakan gentian karbon bermotor yang disarungkan daripada pinggang ke bahagian bawah badannya. Dengan hanya menggerakkan alat kawalan itu, Morgan, 27, kini mampu berjalan dengan menggunakan 'kaki robot' yang diberi nama Rex walaupun doktor sebelum ini mengesahkan dia tidak mampu berjalan setelah tulang belakangnya remuk.
Malah, Morgan yang juga seorang penyampai televisyen yang membuat liputan pada kejohanan Paralimpik London 2012 sungguh bertuah kerana dipilih dalam kalangan pesakit lumpuh sebagai antara yang terawal menggunakan peralatan berharga 90,000 pound (RM443,113) itu. Rex yang diperbuat daripada logam dan kerangka gentian karbon bermotor pada masa yang sama membenarkan pesakit lumpuh termasuk mereka yang tidak boleh bergerak dari bahagian leher ke bawah untuk bergerak seperti mana watak superhero, RoboCop.
Dengan teknologi seperti itu, ia dijangka menggantikan penggunaan kerusi roda pada masa akan datang. Sementara itu, Morgan ketika menceritakan pengalamannya menggunakan Rex berkata, dia pertama kali mencuba mesin itu pada Mei lalu. "Pada mulanya saya rasa agak pelik kerana merasakan diri lebih tinggi. "Namun saya rasa selamat dan sukar untuk mempercayai bahawa sudah mampu berjalan dan mahu melakukannya berulang-ulang kali,'' katanya. - AGENSI
.
2 Penyokong CHELSEA:
makin canggih alat skrg ni
tapi.. harga dia macam terlalu mahal..
Post a Comment