Tuesday, November 6, 2012

Buku Unik. Tulisan hilang selepas dibaca


Buku unik dengan tulisan yang hilang setelah dibaca. Bagi penggemar buku yang suka membuat koleksi buku, memang tidak sesuai dengan buku unik ini. Sebuah penerbit kecil di Buenos Aires, Argentina, menerbitkan buku dengan tulisan khusus. Tulisan dalam buku tersebut hanya akan bertahan selama 2 bulan sejak pertama dibuka. Buku dengan konsep unik itu berjudul "El Libro que No Puede Esperar" (The Book That Can't Wait) dan diterbitkan oleh Eterna Cadencia. Ketika pembungkus plastik dibuka maka tulisan buku itu perlahan-lahan mula menghilang. Setelah 60 hari si pemilik hanya akan mempunyai buku dengan halaman kosong. Penerbit mencuba cara ini untuk mempromosikan penulis baru dan agar buku tersebut segera dibaca.


Dengan cara ini pembaca mahu tidak mahu harus segera membaca buku itu atau tidak ada kesempatan lain. "Kali ini kami boleh jamin bahawa karya para penulis baru kami dibaca," ujar penerbit. Meskipun iannya risiko, namun penerbit-penerbit lain di Argentina dikhabarkan ingin cuba membuat cara yang sama. Ianya adalah kerana penerbit Eterna mengaku berhasil menjual semua cetakan pertama saat diterbitkan ke pasaran.





.

4 Penyokong CHELSEA:

Anisa Anuar on November 6, 2012 at 4:34 PM said...

npe ek diaorg buat gitu...mcm ssh je

kak tie on November 6, 2012 at 5:15 PM said...

wow..macam buku dlm citer Harry Porter jer

skuterlady.blogspot.my on November 7, 2012 at 8:24 AM said...

jangan beli lah buku nih... membazir..! pasal tak leh simpan lama... letak kat muzium pon...rasanya macam..ermmm.... he3

Anonymous said...

@Cik Tie@Akak terbaek

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!