Sunday, November 18, 2012

Dia terpaksa mencuri untuk beli makanan anak


Seorang bekas anggota tentera yang dituduh mencuri susu tepung dalam sebuah pasar raya, di sini, memberitahu mahkamah dia terpaksa mencuri untuk mendapatkan wang demi memastikan isteri dan anak perempuannya tidak kelaparan. Tertuduh berusia 32 tahun berasal dari Padang Serai, Kedah, mengakui sangat tertekan dengan kesempitan hidup yang dilalui sehingga memaksa dia bertindak sedemikian. “Saya curi susu itu untuk dijual dan wangnya akan digunakan untuk membeli makanan,” katanya melalui seorang peguam yang mewakilinya bagi tujuan mitigasi, semalam. Tertuduh yang berpangkat prebet ketika berkhidmat dalam pasukan tentera sebelum ini didakwa mencuri susu tepung jenama Anlene Gold berharga RM21.99 dengan menyoroknya di dalam sebuah beg sebelum cuba dibawa keluar tanpa membayarnya.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.15 petang itu, perbuatan tertuduh berjaya disedari pekerja pasar raya di Semambu itu dan akhirnya dia ditahan berikutan penemuan barangan terbabit di dalam begnya. Tertuduh kemudiannya diserahkan kepada polis sebelum dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuantan, semalam, atas tuduhan mencuri mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh dikenakan denda. Penolong Kanan Pendaftar, Jessica Diamiss dalam keputusannya semalam mengarahkan tertuduh dipenjarakan selama tiga bulan bermula dari tarikh hukuman. Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Farahah Mohd Nazari. -SH




P/S - Sekadar gambar hiasan






.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!