Seorang fanatik permainan komputer berhempas pulas bermain permainan video Call of Duty: Black Ops 2 selama 135 jam dan 50 minit untuk mencatat rekod baru dunia. Okan Kaya, 28, dari Sydney, Australia menghabiskan masa lebih lima hari setengah untuk memecahkan rekod bermain permainan video secara berterusan dalam Guinness World Record. Rekod sebelum ini ialah selama 120 jam dan tujuh minit dipegang oleh dua rakyat Kanada, Chris Gloyd dan Timothy Bell yang bermain permainan Resistance dan Resistance 2 pada Mac lalu. Kaya memulakan cabaran tersebut pada Selasa minggu lalu dan dibenarkan berehat selama 10 minit bagi setiap jam. Bagi mengekalkan tenaga dan staminanya, dia turut dibekalkan dengan minuman isotonik dan makanan.
Untuk memastikan cabaran tersebut berjalan lancar, setiap empat jam, dua saksi baharu akan dibawa masuk dan aksi Kaya turut dirakam sebagai bukti kepada Guinness World Record. "Kedua-dua tangan saya berasa kejang, menyebabkannya terpaksa dibalut," katanya. Peraturan yang ditetapkan oleh Guinness juga membenarkan Kaya tidur selama beberapa jam pada satu-satu masa. Peraturan terbabit dibuat bagi memastikan tiada kejadian yang tidak diingini berlaku sepanjang peserta melakukan cabaran tersebut. Awal tahun ini, seorang remaja Taiwan meninggal dunia semasa bermain permainan 'Diablo 3' secara berterusan selama 40 jam. - AGENSI
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment