Monday, November 12, 2012

Franck Lampard bakal ke China?


Bintang Chelsea, Frank Lampard besar kemungkinan mengikut jejak bekas rakan sepasukan Didier Drogba dan Nicolas Anelka berpindah ke China apabila Guizhou Renhe hari ini mengesahkan telah berbincang dengan pemain itu. Pemain tengah antarabangsa England itu mula dikaitkan dengan perpindahan ke Liga Super China sejak Mac lalu. Bagaimanapun spekulasi mengenainya kembali hangat apabila Pengerusi Renhe, Dai Yongge seperti dilaporkan media tempatan Sabtu lalu bahawa Lampard sudah bersetuju. Pengurus Chelsea, Roberto Di Matteo selepas pasukannya seri 1-1 ketika menentang Liverpool semalam menafikan laporan tersebut.

Tetapi Renhe dalam satu kenyataan kepada AFP mengesahkan bahawa perbincangan dengan Lampard masing berlangsung. "Ya, kami masih menghubungi Lampard tetapi sehingga kini masih belum mendapat kata putus," kata timbalan pengerusi lembaga, Yang Xiaoyu. Akhbar China Daily memetik kenyataan Dai bahawa Lampard akan menyertai Renhe sebagai ketua pasukan pada Januari. Musim sejuk yang tiba pada masa ini memberi peluang pemain berusia 34 tahun itu menyelesaikan perkara itu sebelum Liga Super China musim 2013-2014 bermula Mac ini. - AFP






.

2 Penyokong CHELSEA:

Unknown on November 13, 2012 at 12:11 AM said...

xkisah laa..jnji man u ttp terbaik..kiki

joey39 on November 13, 2012 at 3:19 AM said...

Hehehe...belum mendapat kata putus lagi...belum komfem lagi tu...

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!