Seorang perempuan di Rusia menyimpan mayat suaminya di apartmennya selama hampir tiga tahun. Dia yakin bahawa suaminya akan bangkit dan dia boleh menghidupkan kembali suami yang sangat dicintainya itu. Perempuan berusia 76 tahun tersebut, tinggal selama tiga tahun bersama mayat suaminya dan ditemani oleh lima orang anaknya. Dia bahkan menyuruh anak-anaknya untuk bercakap dan memberi makan kepada jasad suaminya. ”Wanita ini adalah seorang Kristien Pantekosta yang taat . Namun mentalnya menunjukkan bahawa dia sangat berputus asa ketika suaminya meninggal pada tahun 2009.
Dia percaya bahawa dia boleh membangkitkan suaminya,” kata seorang pendakwa di Rusia. ”Siasatan dimulakan ketika mayat ditemukan di tempat sampah didalam beg plastik pada bulan Julai lalu. Dua anak dari perempuan itu memutuskan untuk membuang tubuh ayahnya, ketika keluarganya pindah,” ujar pendakwa itu.
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment