Wednesday, November 14, 2012

Kerana kemenangan Obama, seorang isteri langgar suami dengan kereta


Urusan pilihanraya presiden AS baru-baru ini rupanya menjadi masalah besar pada sebuah keluarga di Phoenix, Arizona. Seorang isteri sanggup mencederakan suaminya gara-gara si suami tidak mengundi. Si isteri itu marah kerana Barack Obama akhirnya kembali memenangi pilihanraya AS. Holly Solomon (28) ditangkap setelah melanggar suaminya, Daniel Solomon, dengan kereta setelah bertengkar hebat mengenai pilihanraya presiden. Sebelum dilanggar kereta dan dibiarkan terbaring di bawah kereta, Holly sempat mengejar Daniel dengan keretanya. Daniel ketika ini kritikal dan dirawat di rumah sakit. Nasib baik, jurucakap polis tempatan, Sersan Jesse Sanger, mengatakan Daniel diharapkan dapat melalui masa kritikalnya dan selamat.

Menurut Daniel kepada polis, isterinya marah kerana dia tidak mengundi. Menurut isterinya, mereka akan mengalami kesukaran gara-gara Obama memenangi pilihanraya itu. Saksi mengatakan, pertengkaran di antara mereka terjadi Sabtu pagi di kawasan parkir. Pertengkaran itu menjadi semakin hebat. Holly kemudian mengejar suaminya dengan kereta. Dia berteriak-teriak, sementara suaminya berusaha bersembunyi di balik tiang lampu. Dia terperangkap setelah berusaha melarikan diri di jalan sekitar tempat itu.





.

2 Penyokong CHELSEA:

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail on November 14, 2012 at 10:28 AM said...

itu namanya buang tebiat!hehe~

Anisa Anuar on November 14, 2012 at 10:40 AM said...

tak boleh kawal perasaan la ni...hhehee

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!