Monday, November 5, 2012

Ketahui bagaimana & cara rakyat Amerika mengundi Presiden dan Naib Presiden mereka


Rakyat Amerika akan mengundi bagi memilih presiden mereka yang baru pada Selasa, 6 November 2012. Presiden dan naib presiden yang akan dipilih ini bakal berkhidmat selama empat tahun. Presiden yang terpilih untuk kali kedua berturut-turut hanya dibenarkan menyandang jawatan itu selama dua penggal sahaja iaitu lapan tahun. Tetapi dalam sistem pengundian pemilihan presiden Amerika Syarikat yang kompleks dan hanya diamalkan di negara tersebut, para pengundi pada hakikatnya tidak secara langsung mengundi untuk memilih ketua negara mereka. Sebaliknya secara teknikalnya mereka mengundi untuk menentukan "pemilih” atau “electors" di dalam “daerah pemilih” atau “Electoral College”.

Terdapat keseluruhannya 538 “daerah pemilih” di seluruh Amerika Syarikat. Jumlah ini dibahagikan menurut jumlah wakil rakyat (435 orang) dan jumlah senator (100 orang) di dalam kongres Amerika. Tiga lagi wakil pemilih adalah dari Daerah Columbia (ibu negara Amerika - Washington DC). Jumlah wakil rakyat dan senator ditentukan oleh kepadatan penduduk di setiap negeri berkenaan. Dalam ertikata yang lain, jumlah “daerah pemilih” adalah sama dengan jumlah keanggotaan Kongres Amerika iaitu 435 wakil rakyat dan 100 orang senator ditambah tiga lagi mewakili Washington DC iaitu ibu negara Amerika. Jadi setiap negeri diberi peruntukkan jumlah “pemilih’ sepertimana ia diwakili oleh wakil rakyat dan senator di dalam kongres.

Oleh kerana negeri yang paling padat penduduknya mempunyai kerusi yang paling banyak di Dewan Rakyat mereka juga secara automatik memiliki sejumlah “pemilih” yang paling banyak. Contohnya, enam negeri paling padat dan dengan itu juga memiliki jumlah “pemilih” dan “daerah pemilih” yang banyak ialah California (55 daerah pemilih), Texas (38), New York (29), Florida (29), Illinois (20) and Pennsylvania (20). Manakala tujuh negeri yang paling kecil dari segi populasi iaitu Alaska, Delaware, Montana, North Dakota, South Dakota, Vermont, dan Wyoming kesemua hanya mempunyai tiga “pemilih” atau “daerah pemilih”. Washington DC tidak dibenarkan memiliki wakil melebihi dari jumlah negeri terkecil dengan “daerah pemilih”. Jumlah “pemilih” dan “daerah pemilih” di setiap negeri ditentukan setiap 10 tahun sekali iaitu selepas Jabatan Statistik selesai membuat bancian penduduk.



Berikut adalah bagaimana cara sistem ini berfungsi: 

- Sejumlah 538 “daerah pemilih” dibahagikan di antara 50 buah negeri dan District of Columbia (Washington DC) berdasarkan jumlah kepadatan penduduk dan wakil rakyat serta senator di Kongres.

-Calon presiden mestilah memenangi undi popular di sekurang-kurangnya 270 “daerah pemilih” untuk diisytiharkan sebagai pemenang.

-Pada pemilihan 2008, Barack Obama memenangi undi popular di 28 negeri yang membolehkannya membolot 365 “daerah pemilih” manakala pencabarnya Senator John McCain memenangi undi popular di 22 negeri yang hanya membolehkannya memperolehi sekadar 173 “daerah pemilih” - sekaligus membolehkan para “pemilih” yang mewakili 365 “daerah pemilih” secara formal memilih Obama sebagai presiden Amerika yang ke-44.

-Jika mana-mana calon terikat iaitu memperolehi undi popular di 269 “daerah pemilih” seorang, maka anggota Dewan Rakyat akan menentukan siapakah yang berhak menjadi presiden.

-Hampir kesemua negeri (melainkan negeri Maine dan Nebraska) membuat peraturan iaitu mana-mana calon yang menang undi popular akan memperolehi kesemua “daerah pemilih” di negeri berkenaan. Misalnya jika calon parti Demokrat Barack Obama memenangi undi popular di Negeri California yang memiliki 55 “daerah pemilih”, ini bermakna beliau akan memperolehi kesemua 55 undi “pemilih” di negeri itu.

-Selepas pemilihan selesai, para “pemilih” yang mewakili kesemua 538 “daerah pemilih” akan berhimpun di dewan undangan negeri masing-masing untuk secara formal dan rasminya pada 17 Disember nanti mengundi siapakah presiden dan naib presiden Amerika bagi penggal akan datang.

-Bagaimanapun, secara tradisinya mereka akan mengundi mewakili calon presiden parti masing-masing sepertimana yang ditentukan oleh rakyat yang mengundi menentukan “pemilih” yang mewakili “daerah pemilih” masing-masing. -Mstar






.

2 Penyokong CHELSEA:

boni kacak on November 5, 2012 at 8:46 PM said...

agak2 obama akan menang atau kalah ye? sebab hari tu saya mimpi obama kalah. ntah macam mana saya boleh mimpi sampai ke situ..

Unknown on November 7, 2012 at 1:47 AM said...

berbelit je cara pemilihan dorang =="

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!