Nasib malang menimpa model seksi yang berasal dari Brazil, Pamela Baris do Nascimento, dimana dia ditemui mati ketika melakukan pembedahan sedut lemak atau liposuction setelah terjadi pendarahan pada pembedahan yang telah dilakukan untuk yang ketiga kalinya itu. Huffington Post, melaporkan, makciknya, Enedida Nascimento, melaporkan kepada polis, 10 hari setelah Pamela disahkan mati di Green Hill Hospital Sao Paulo. Enedida bertanya sebab kematian Pamela yang disyaki kerana kebocoran pada ginjal dan hati. Jika hal tersebut benar, disyaki pembedahan diselesaikan untuk menyembunyikan adanya kesalahan prosedur.
Dia sangat terobsesi dengan penampilannya. Dia selalu berfikir bahawa tubuhnya terlalu gemuk, ujar Enedida seperti dipetik dari Fox. 'Dia tidak memberitahu saya tentang pembedahan sedut lemaknya yang terakhir. Jika dia memberi tahu saya, saya tidak akan mengizinkannya', sambungnya. Peguam keluarga mensyaki adanya kepincangan oleh pihak hospital, dan jika benar, dokter bedah yang menangani pembedahan Pamela bakal dijatuhi hukuman kerana pembunuhan.
.
1 Penyokong CHELSEA:
badan dah elok2 dah tu.. buat lagi macam2..
Post a Comment