Sunday, November 18, 2012

Otot kini ada yang tiruan


Sekumpulan pakar teknologi di sini berjaya menghasilkan otot tiruan yang mampu menghasilkan pelbagai ciptaan berteknologi tinggi sesuai dengan gaya hidup masa kini. Otot tiruan itu berupaya menghasilkan robot yang kuat dengan pergerakan hampir menyamai manusia, pakaian yang boleh menjadi pemanas ketika cuaca sejuk dan bidai yang boleh ditutup sendiri ketika matahari sedang terik. Dihasilkan daripada gentian teknologi nano dan disulam dengan lilin parafin, otot itu mampu menampung sehingga 100,000 kali ganda berat robot itu sendiri serta menghasilkan 85 kali lebih kuasa daripada saiz otot manusia.

Ketua projek itu, Dr. Ray Baughman dari Universiti Texas, di sini berkata, otot tiruan mampu menghasilkan robot yang kuat dan mempunyai kegunaan yang meluas, namun ia tidak boleh digunakan bagi menggantikan otot pada tubuh manusia. "Otot tiruan yang kami hasilkan sangat kukuh bagi menampung berat sehingga 200 kali ganda berbanding otot semula jadi manusia pada saiz yang sama. Bagaimanapun, otot ini buat masa ini masih belum sesuai untuk menggantikan otot manusia. "Kerana kesederhanaan dan kemampuannya yang tinggi, otot gentian ini boleh digunakan pada robot, sistem optikal boleh diubah, motor mikro, litar mikrocecair, injap mikro dan juga barangan permainan," katanya.

Menurut beliau, otot tersebut dihasilkan melalui proses sulaman gentian berpintal yang diperbuat daripada nano tiub karbon dengan bahan seperti lilin parafin. Gentian yang dipenuhi lilin akan dipanaskan menggunakan kuasa elektrik atau menggunakan sinaran cahaya, menyebabkan lilin itu mengembang dan jumlah gentian bertambah serta panjang gentian akan mengecut. Dr. Baughman berkata, cabaran seterusnya adalah bagi meningkatkan skala bagi teknologi tersebut termasuk meluaskan penggunaannya. - AGENSI






.

1 Penyokong CHELSEA:

krole on November 18, 2012 at 5:51 PM said...

pergh!!! dahsyat tol teknologi skngni..bukan takat awan sje...otot pon da le bat~

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!