Seorang pemandu teksi di sini menjadi wira selepas dia memulangkan wang tunai berjumlah S$1.1 juta (RM2.7 juta) yang ditemuinya di dalam kenderaannya kepada sepasang pelancong Thailand yang sedang bercuti di republik ini. Sia Ka Tian, 70, terkejut apabila menemui wang di dalam sebuah beg kertas hitam di tempat duduk belakang teksinya semalam, selepas menurunkan pasangan itu di sebuah pusat membeli belah di sini. ''Bila saya melihat duit itu, saya berfikir, ada masalah di sini. Saya pasti sekurang-kurangnya ada S$244,976 (RM607,399) di dalam beg itu,'' lapor akhbar Straits Times yang memetik kenyataan pemandu warga emas itu yang telah berkhidmat selama 31 tahun. Namun, apabila dia membawa wang itu ke bahagian hilang dan jumpa syarikat pengangkutan ComfortDelGro, dia terkejut apabila rakannya memaklumkan jumlah duit yang terdapat dalam beg itu adalah S$1.1 juta.
''Wang itu tidak penting bagi saya kerana ia bukanlah hak saya. Jadi mana boleh saya gunakannya,'' katanya kepada media. Pasangan Thailand itu melaporkan kehilangan wang mereka kepada syarikat pengangkutan dan Ka Tian menunggu mereka di situ untuk memulangkan wang tersebut. Laporan tersebut tidak menyebut apa yang dilakukan oleh pasangan Thailand berkenaan dengan wang sebanyak itu. Difahamkan, Ka Tian menerima sejumlah wang tunai yang tidak didedahkan jumlahnya sebagai sagu hati daripada pasangan Thailand itu yang enggan dikenali. Syarikat pengangkutan itu juga merancang untuk memberi Ka Tian anugerah atas kejujurannya dan perkhidmatannya yang baik. - AFP
.
7 Penyokong CHELSEA:
ssh nk jmpe org mcm ni...ada lagi wujud org2 yg jujur lg amanah ni
fuhhh!! klo xjujur kaya..haha
baguslah pak cik ni..memang patut dipuji sikapnya tu yang tak tamak.. susah nak jumpa orang macam ni lagi pada zaman sekarang ni
pehhh..byk tuu..eee..jujurnyer..hihi
wuah!!! RM2.7 juta!!! pergh!!! banyak tu!!! kayo2!!! alhamdulillah...masih ada org yang jujur dlm dunia ni...
Ada lagi yang jujur sekarang ni.
Kalau aku yg jumpa,entah nak kembalikan duit tu atau tidak.. kikiki~
Post a Comment