Friday, November 2, 2012

Siapakah punca kekalahan Manchester United?


Alex Ferguson menuding jari ke arah Nani sebagai punca Manchester United tumpas 4-5 kepada Chelsea pada pertembungan Piala Liga di Stamford Bridge, kelmarin. Pemain sayap Portugal itu terlibat menyumbangkan salah satu jaringan dalam perlawanan yang berpesta gol itu, namun kesilapannya membiarkan bola disambar lawan pada lewat masa sebenar membawa padah sehingga menghadiahkan sepakan penalti untuk tuan rumah. Sepakan itu tenang disempurnakan Eden Hazard untuk menyamakan kedudukan 3-3 sekali gus mengheret perlawanan ke masa tambahan yang menyaksikan kemenangan akhirnya memihak Chelsea untuk melangkah ke suku akhir pertandingan tersebut.

Bercakap kepada Sky Sports 1, kata Fergie: “Selepas menguasai sepenuhnya permainan, kami kehilangan bola dan membuka peluang untuk lawan mendapatkan jaringan ketiga. “Apa yang perlu dilakukan adalah menghabiskan baki tempoh permainan dengan penguasaan bola yang baik. “Nani ialah seorang pemain berpengalaman, tapi dia mempunyai kecenderungan untuk menggelecek menewaskan lawan dan saya seringkali memberitahu dia supaya elak berbuat demikian. “Pada situasi seperti itu, kita cuma perlu pastikan terus memegang bola dan cuba bertahan di penjuru padang. Kita banyak menyerang tapi gagal membuahkan hasil dan gerakan serangan balas lawan cukup bagus, namun pada kedudukan 3-2 memang patut menutup segala ruang untuk lawan bangkit. “

Kita hanya boleh salahkan diri sendiri." Ferguson bagaimanapun sempat memuji tonggak veteran, Ryan Giggs bukan sahaja menjaringkan dua gol untuk United malah mempamerkan tahap kecergasan yang tidak kurangnya berbanding pemain-pemain muda. “Ryan Giggs ialah seorang pemain yang luar biasa mengambil kira kemampuannya untuk beraksi 120 minit penuh pada usia mencecah 39 tahun. “Giggs ialah teladan yang baik kepada setiap pemain di atas padang, termasuk pemain-pemain Chelsea juga," ujar Fergie. - AGENSI






.

1 Penyokong CHELSEA:

Anisa Anuar on November 2, 2012 at 9:07 AM said...

nisa ada good advice nak bagi,
"don't hate the player, hate the game"

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!