Malaysia dan Singapura mara ke separuh akhir Piala Suzuki AFF apabila berjaya menewaskan lawan masing-masing pada perlawanan terakhir Kumpulan B malam tadi. Malaysia yang membenam Indonesia 2-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk berada di tangga kedua di belakang Singapura hasil perbezaan gol selepas masing-masing mengutip enam mata. Gol-gol Harimau Malaya diperoleh pada minit ke-26 hasil jaringan Azamuddin Mohd Akil manakala Mahali Jasuli menambah derita Garuda, tiga minit kemudian. Malaysia akan bertemu juara Kumpulan A, Thailand manakala Singapura pula berhadapan Filipina pada aksi separuh akhir. - UTUSAN
P/S - Syabas Malaysia.. Proud of youuu
.
1 Penyokong CHELSEA:
ingatkan lulu suka chelsea je,, heehehee http://mujadafewa.blogspot.com/2012/12/kefardhuan-selepas-kefardhuan-solat.html
Post a Comment