Saturday, December 15, 2012

Berpakaian ninja untuk jadi superhero


Seorang peminat komik di sini, mempunyai cara tersendiri untuk 'membantu' pihak polis memerangi jenayah dengan berpakaian seperti seorang pahlawan ninja. Dengan mengenakan pakaian serba hitam dilengkapi pedang kayu dan bom asap, Tanis Baker (gambar), menganggap dirinya sebagai 'mata' dan 'telinga' polis untuk melaporkan sebarang kejadian jenayah di kawasan perumahannya. Bagaimanapun, hasrat murni itu menjerat dirinya sendiri apabila dia ditangkap polis yang menyangka dia adalah penjenayah yang memiliki senjata berbahaya.


Baker, yang mendapat jolokan sebagai Ringland Ninja oleh penduduk tempatan, ditahan ketika sedang bersembunyi di balik belukar sebuah taman permainan kanak-kanak bersama pakaian ala ninjanya dan sebilah pedang kayu. Polis berkenaan turut meminta bantuan sebuah helikopter, sepasukan pegawai bersenjata dan unit anjing pengesan untuk menahan Baker. Ketika dihadapkan di Mahkamah Majistret Cwmbran, di sini, peminat komik superhero Superman dan Batman itu mengakui, dia mahu menjadikan identitinya itu sebagai satu ketakutan kepada penjenayah.

Menurutnya, dia mula berminat menjadi ninja apabila sering dibuli selama beberapa tahun dan mengalami kesukaran untuk membesar di kawasan tempat tinggalnya. Sejak itu, pemuda berusia 21 tahun itu mendakwa, dia banyak membantu polis melindungi keselamatan penduduk dengan menjadi ninja. Baker akhirnya diletakkan di bawah pemantauan polis selama 12 bulan serta diarahkan untuk membuat kerja amal selama 60 jam. Pihak mahkamah turut memberi amaran agar Baker tidak mengulangi perbuatannya itu yang boleh menimbulkan banyak masalah termasuk kepada dirinya sendiri. - AGENSI






.

1 Penyokong CHELSEA:

Luqman Zakaria on December 15, 2012 at 11:11 PM said...

niat lain tp lain pulak jadinye..huhu

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!