Tuesday, December 18, 2012

Buat renungan : Bagaimana anda mengucapkan selamat tinggal, jika nyawa anda mungkin tinggal 3 bulan saja?


Seorang remaja menghidap penyakit kanser kronik dan tak mungkin akan disembuhkan walaupun telah menjalani berpuluh-puluh pembedahan, kini telah merakamkan sebuah lagu untuk mengucapkan selamat tinggal kepada rakan-rakan dan keluarga selepas diberitahu dia mungkin hanya ada tiga bulan hingga satu tahun untuk hidup. Lelaki yang berusia 17 tahun ini, Zach Sobiech dari Lakeland, Minnesota menulis lagu, bertajuk 'Cloud', dan memuatkan video rakaman studionya di YouTube. Video itu telah dilihat lebih daripada 412,000 dalam tempoh 10 hari lepas.


Dalam korus, dia menyanyi: 'And we’ll go up, up, up, but I’ll fly a little higher. We’ll go up in the clouds, because the view is a littler nicer. Up here, my dear. It won’t be long now; it won’t be long now.''.


Sobiech telah didiagnos dengan osteosarcoma, kanser tulang yang terbentuk ketika dia kanak-kanak, pada tahun 2009 ketika dia hanya berusia 14 tahun. Kanser menjejaskan hanya 400 orang di bawah umur 20 tahun setiap tahun. Beliau telah didiagnos selepas menemui doktor untuk sakit yang berterusan di pinggulnya, di mana doktor mendapati dia mempunyai tumor yang besar. Sejak diagnosis itu, Sobiech telah menjalani berpuluh-puluh pembedahan termasuk penggantian pinggul, serta kemoterapi. Namun dia masih tetap tersenyum dalam video lagu itu.. dia memang tabah!




P/S - Nangis bila baca kisah sedih ni. Bagaimana dengan kita? setakat demam, atau batuk dah mengeluh.. :'( jom lakukan carian di youtube untuk lagu hebat ini - CLOUD - Zack Sobiech






.

4 Penyokong CHELSEA:

Anonymous said...

Sedih, Teruskan bergembira dengan hari2 yang mendatang. yang masih sehat bersyukur la dgn kesihatan anda. :)

boni kacak on December 18, 2012 at 7:02 PM said...

saya pun sebak dengan kisah dia.... kalau kita , dah tentu dah hilang arah tujuan.. rasa give up terus...

fifie on December 19, 2012 at 1:51 AM said...

Kalau orang Islam boleh dekat kan diri dengan Allah, tapi dia kristian. Apa apa pun semoga dia jalani kehidupan yang indah sebelum ajal dia tiba.

Anonymous said...

Skarang da ada ubat kanser la. Cuba search 4LIFE Transfer Factor.

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!