Seorang pereka cipta terkenal United Kingdom memberi amaran bahawa 'generasi Google' yang bergantung dengan internet untuk semua perkara berkemungkinan 'mati otak.' Trevor Baylis yang memperkenalkan radio permainan berkata, kanak-kanak kehilangan kreativiti dan kemahiran praktikal akibat menghabiskan terlalu banyak masa di hadapan skrin. Pencipta berusia 75 tahun dari barat daya London di Twickenham berkata, beliau bimbang generasi pencipta akan datang bakal hilang kerana golongan muda sering gagal membuat apa saja dengan tangan mereka, lapor akhbar Daily Mail.
Mereka seharusnya menggunakan komputer ketika perlu, namun terlalu ramai orang bermain dengan komputer pada hari ini yang menghabiskan masa duduk di sana. Mereka terlalu bergantung dengan pencarian Google. Ramai kanak-kanak secara tidak langsung akan mati otak," Trevor Baylis, Pereka cipta
Katanya, kanak-kanak bakal menemui semula kemahiran penting jika sekolah menggunakan mainan praktikal seperti ‘Meccano’ iaitu sistem pembinaan model.
Perlu belajar kemahiran
“Kanak-kanak perlu diajar kemahiran dan bukan terlalu bergantung dengan telefon bimbit atau komputer. “Mereka seharusnya menggunakan komputer ketika perlu, namun terlalu ramai orang bermain dengan komputer pada hari ini yang menghabiskan masa duduk di sana. “Mereka terlalu bergantung dengan pencarian Google. Ramai kanak-kanak secara tidak langsung akan mati otak jika mereka terlalu bergantung dengan internet kerana mereka tidak berupaya melakukan sesuatu dengan cara lama,” kata Baylis. - Agensi
.
1 Penyokong CHELSEA:
kalau org tua?
Post a Comment