Thursday, December 20, 2012

Hampir bakar restoran, marah kerana lama menunggu..


Menunggu memang sangat membosankan. Waktu jadi terbuang begitu saja untuk sesuatu yang tak perlu. Seperti yang dilakukan oleh lelaki berasal dari Texas ini, yang nekad membakar pokok natal yang ada di dalam sebuah restoran! Polis di San Antonio, Texas sedang memburu seorang pelaku yang membuat pembakaran di restoran Denny's. Berdasarkan berita yang dipetik dari Digital Journal, lelaki tersebut membakar pokok natal yang berada di dalam restoran Denny's. Khabarnya, lelaki tersebut nekad melakukannya kerana penat menunggu bil yang tak kunjung tiba. Dia pun melepaskan kemarahannya pada pokok natal yang berada dekat dengannya.

Kejadian ini taklah membuatkan sesiapa cedera, kerana pekerja dan pengunjung restoran terus keluar menyelamatkan diri. Nasib baik, api yang berasal dari pokok natal cepat dipadamkan dan tak merebak. Dianggarkan, kerugian yang ditanggung Denny's mencapai 150.000 Dollar.





.

2 Penyokong CHELSEA:

suria lekatlekit on December 20, 2012 at 2:24 PM said...

bahaya kalau org yg kurang sabar makan kat restoran yang service lembab

kisah sedih >> PERGINYA TINGGALKAN ISTERI BARU 6 BULAN DI NIKAHI & ANAK YANG BERUSIA 4 BULAN DALAM KANDUNGAN
Untuk semua >> NAK TAU MACAM MANA KERETA F1 DI BUAT?

fifie on December 20, 2012 at 11:42 PM said...

Kalau tahu bukan jenis penyabar elakkan pergi makan di restoran yang lembab. Kalau tak nanti ada je yang tak elok terjadi

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!