Monday, December 31, 2012

Mengejutkan.. 12 rangka manusia purba ditemui


Ahli arkeologi di Mexico, menemukan rangka 12 kanak-kanak dan seorang dewasa yang dipercayai ditanam 800 tahun lalu, kata pakar Institut Antropologi dan Sejarah Nasional. Rangka-rangka itu ditemui ketika ahli arkeologi berkenaan memantau pemasangan sistem perparitan di kawasan perumahan di Cholula, kira-kira 120 kilometer dari ibu negara Mexico. Tengkorak pertama ditemui pada 8 Disember lalu dan pakar kemudian berjaya menggali kesemua 12 rangka, kelmarin. Ahli arkeologi, Ashuni Romero Butron berkata, rangka manusia tersebut ditemui beberapa sentimeter di bawah satu bahagian yang diturap.

Beliau berkata, kebanyakan 12 rangka manusia tersebut lengkap dan jantina mereka akan ditentukan selepas pemeriksaan di makmal. Etnik rangka manusia itu juga masih belum ditentukan, namun Butron menyatakan kawasan itu diduduki oleh etnik Tolteca-Chichimeca dan Olmeca-Xicalanca kira-kira 800 tahun lalu. April lalu, satu lagi kawasan pengebumian yang mengandungi 17 rangka manusia yang dipercayai berusia 700 tahun telah ditemui berdekatan kawasan tersebut. - AFP





.

1 Penyokong CHELSEA:

boni kacak on January 1, 2013 at 8:33 AM said...

700 tahun?? wah.. lama tu.. pergh. macam tak percaya je

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!