Pasangan dari Hong Kong dan Singapura tertarik untuk mengikat janji pada 12/12/12, mencetuskan ledakan perkahwinan pada tarikh akhir abad ini yang dilihat sebagai tarikh bertuah oleh sesetengah orang untuk menjamin perkahwinan bahagia. Tarikh seperti 10/10/10 atau 11/11/11 secara tradisinya memperlihatkan pasangan dari kedua-dua negara ini mahu berkahwin segera, dengan pendaftaran berkahwin pada 12 Disember tahun ini begitu melonjak yang mana mereka melihatnya sebagai tarikh "cinta". Pendaftar perkahwinan di Hong Kong berkata pihaknya telah menerima 696 pemberitahuan daripada pasangan yang merancang untuk berkahwin pada hari Rabu, hampir empat kali ganda purata harian dari 177 pendaftaran pada bulan Oktober, menurut jurucakap.
Di Singapura, yang mana tiga perempat penduduknya adalah etnik Cina, seramai 540 pasangan telah memohon untuk berkahwin pada Rabu, yang mana statistik laman web Pejabat Pendaftaran Perkahwinan menunjukkan ia sebagai peningkatan lapan kali ganda dalam purata harian untuk majlis perkahwinan bukan Islam berbanding tahun sebelumnya.
Seorang perancang perkahwinan di Singapura berkata tarikh ini akan menjadi salah satu yang paling sibuk tahun ini bagi mereka yang terlibat dalam perkahwinan. "Ia adalah tarikh yang panas," kata Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif firma perancangan perkahwinan The Wedding Butler Renee Leung sambil menambah syarikat itu bakal mengendalikan 20 majlis perkahwinan pada hari itu, berbanding satu atau dua majlis dalam sehari. "Ia hanya nombor betuah dalam kalendar...ramai orang mengatakan ia nombor yang mudah untuk diingati," katanya kepada AFP. Pendaftaran tarikh perkahwinan pada 12/12/12 bagaimanapun menunjukkan kemerosotan di kedua-dua tempat berbanding tarikh yang mempunyai angka sama pada tahun sebelumnya.
Hong Kong mencatatkan 1,002 perkahwinan pada 11 November tahun lepas, yang menandakan "cinta abadi", dan 859 perkahwinan pada 10 Oktober 2010 yang mewakili "kesempurnaan". Singapura mencatatkan sebanyak 553 dan 724 perkahwinan pada tarikh yang sama, tetapi perekahwinan tertinggi dicatatkan pada 14 Februari 1995 apabila 1,082 pasangan telah berkahwin. Kejatuhan bilangan tahun ini mungkin disebabkan oleh faktor feng shui, yang mana pakar feng shui Sammy Au memberitahu akhbar The Standard di Hong Kong bahawa angka 12 yang berturutan tiga kali tidak sempurna untuk perkahwinan dan hanya menilainya sebagai "hari yang agak bertuah". Au memilih 18 dan 31 Disember sebagai tarikh yang lebih baik. Feng shui adalah kepercayaan kuno Cina yang bertujuan untuk menyalurkan tenaga psikik yang baik dan buruk melalui susunan perabot dan perhiasan. Ia juga menentukan tarikh bertuah. -AFP
.
2 Penyokong CHELSEA:
Memang terlepas lah tarikh tu. Huhu. Takpe next year lah 11/12/13. Menarik jugak kan. heee
nice number...no wonder lah! :)
Post a Comment