Tuesday, December 25, 2012

Sungai terkotor di dunia ada berdekatan kita?


Para pemimpin global dunia bersiap untuk saling bertemu di Kopenhagen, Denmark membahas penyelamatan planet Bumi yang semakin serius. Namun salah satu agenda rasmi pertemuan Kopenhagen ini sudah pasti akan membuatkan nama Indonesia kembali terkenal di dunia. Ini adalah kerana pertemuan ini akan membahas masalah pencemaran di sungai Citarum, Jawa Barat yang telah mendapat kategori sebagai ‘sungai paling kotor’ di dunia. Sungai Citarum, meskipun telah dibantu Asian Development Bank untuk dibersihkan dari segala bentuk sampah, bahan kimia dan kotoran manusia, sejak 5 Disember 2008, namun hasilnya belum seperti yang diharapkan.

Aliran sungai Citarum, dimana para penduduk tempatan mandi dan untuk air minum, telah dicemari oleh ribuan buangan fabrik tekstil dan tandas rumah dari pinggiran sungai setidaknya selama 20 tahun selama ini. Seperti dipetik dari The Sun, tentu saja pencemaran di Sungai Citarum ini sama sekali tidak menguntungkan bagi para nelayan yang akhirnya mengubah kerjaya sebagai pemungut sampah di sepanjang aliran sungai ini. Sungai Citarum mungkin terkotor, tapi yang paling ngeri, adalah, sungai ini merupakan sumber dari 80% air di ibukota Indonesia, Jakarta. -The Sun







.

6 Penyokong CHELSEA:

fifie on December 25, 2012 at 9:17 PM said...

Dah tak nampak rupa sungai lah.

Siti Hajar on December 26, 2012 at 6:23 AM said...

errrr... ngerinyer!

TechKini.com on December 26, 2012 at 7:22 AM said...

@fifie

Kan ramai orang kat sana, jadikan pekerjaan utk bersihkan sungai.

-> Tech Kini

Cik Fie on January 1, 2013 at 5:16 PM said...

gila la ! xprnah saya tengok sungai kotor camni . rasa macam bukan sungai je .

Unknown on January 6, 2013 at 9:26 PM said...

Cmner diorang boleh hidup ngan minum air dr sungai tu yark!

Mila Ahmad on February 13, 2013 at 5:33 PM said...

tak dapat byg kalau sungai kita dah kotorrrr

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!