Matahari pasti muncul di pagi hari. Terbit di ufuk timur, menerangi hari sehingga terbenamnya jelang malam tiba. Namun di Lapland, anda boleh melihat matahari ketika tengah malam. Lapland adalah sebuah tempat di Finland yang memiliki luas wilayah 98.946 km² dan populasi 187.777 orang (2002). Ibu kotanya ialah Rovaniemi. Tempat ini memiliki fenomena unik yang indah dipandang, iaitu matahari di tengah malam. Kerana lokasinya yang berada di lingkar kutub, selama dua puluh empat jam dalam dua bulan setiap tahun, tempat ini disinari matahari sepanjang hari tanpa henti. Fenomena ini disebut midnight sun atau matahari tengah malam. Fenomena ini terjadi setiap bulan Jun dan Julai. Pelancong yang mengunjungi Lapland dapat melihat cahaya unik dari matahari tengah malam, yang tidak memberi batas antara siang dan malam di sini, demikian seperti dipetik dari CNN.
Hal ini membolehkan pelancong untuk mendaki gunung Lapland di malam hari atau bahkan melakukan aktiviti bermain golf selama 24 jam. Selain golf tengah malam, aktiviti pelancongan lainnya yang digemari di Lapland adalah bermain ski di Riskgransen, yang merupakan resort ski paling utara di Eropah. Tidak seperti resort ski lainnya di Eropah, Riksgransen tidak memiliki suhu sejuk, sehingga para pencinta ski tidak perlu takut kesejukkan. Hal ini adalah kerana fenomena matahari tengah malam, yang membuatkan matahari tetap bersinar sehingga membuat wilayah ini tetap hangat sekaligus masih memiliki salji untuk para pemain ski berluncur.
Lapland juga merupakan rumah bagi hotel ais pertama dan terbesar di dunia. Di hotel ini, tetamu akan tidur diantara bongkahan ais yang dilapisi selimut berbahan kulit rusa. Mulai dari lilin hingga kerusi dan meja, semua yang ada di hotel ini dibuat dari ais. Hotel ini dibangunkan pada 1989, di desa kecil Jukkasjarvi. Hotel ini dibangunkan oleh para pemahat ais tempatan yang berasal dari hotel ini. Biasanya Hotel ais ini hanya dibuka pada musim sejuk saja. Istimewa untuk tahun ini, Hotel ais terbuka juga di musim panas.
.
3 Penyokong CHELSEA:
Masha Allah 0.0
MasyaAllah. kuasa tuhan.
Entri macam ni yang layak diberi pujian sebab berkongsi memanjangkan ilmu. :-)
Post a Comment