Friday, February 10, 2012

She visits mother's grave in cemetery… and finds someone else being buried in same plot


A grieving daughter has told how she stumbled across cemetery workers burying another person in her mother's grave.
Carol Stone, 49, desperately halted a funeral with the hearse just yards from the plot after spotting a large funeral party gathered at her mother Joyce's graveside.

Heartbreakingly, she had gone to the cemetery to mark the second anniversary of her mother's death when she spotted the the mix-up.
And after rushing up to the plot, she was stunned to find cemetery workers had dug a shallow grave where her mother was already buried.

Memorial items left by family - including a wooden cross and potted plant - had also been thrown to the side by careless workers as another family prepared to bury their loved one on top of Joyce.

Ms Stone, from Warmley, Bristol, said: 'I am absolutely devastated. If I hadn't visited at that specific time another person would have been buried in the same plot as my mum.
'My dad has always wanted to be buried there and we had hoped the spot would be saved for him.

'A wooden cross my brother had made which had a photo our mum on it had just been pushed to the side.

'There was also a potted plant and some flowers I had left last week that had also been moved.'

Ms Stone quickly halted the ceremony before bungling cemetery staff realised their mistake.

And after checking with bosses, they realised that the person was meant to be buried in a plot three spaces away - not Joyce's.

Luckily the grave had not been dug deep enough to reach her mother's coffin - but the other person was due to be buried on top, in a shallower grave.

Family and friends of the person about to be buried then faced an upsetting 25 minute wait for a new plot to be dug before they could pay their final respects to their loved one.Ms Stone added: 'I don't understand how the cemetery staff could have thought it was alright to bury another person there.

'Surely it's not normal practice to bury a stranger with someone who only died two years ago. When I complained to the person in charge he admitted they had made a mistake.

'I was so upset to have to watch the soil go back in - it was like going back two years and having to go through it all over again.


'I am still dealing with my mother's death and this has just opened another can of worms.

'The fact that it was the second anniversary of her death just made it all the worse. I'm not looking to gain anything from this, but simply want to know that it won't happen again.'
To add insult to injury, Ms Stone can no longer place anything by her mother's grave for a year - so 'the ground can settle'.

Ms Stone's mother Joyce, who lived in Fishponds, Bristol, with her father Jim, died aged 81 on February 7, 2010, after suffering from heart disease.
Ms Stone is now the full-time carer for her father, 88, who is disabled and suffers from heart disease and deep vein thrombosis.

Her brother Ronald Stone, 58, also from Bristol, has also been left shocked by the mistake.
He blasted: 'I can't believe what has happened. I feel awful that my sister had to go through all this.

'We have been told to wait for a phone call from the cemetery supervisor, but are both just stunned by what happened.'

A council spokeswoman said: 'We deeply regret the distress caused to Carol Stone, her family and the other family concerned over this terrible mix up at Avonview Cemetery.

'This mix-up was due to basic human error failing to identify the correct plot and we offer our sincere apologies.

'In this extremely rare case, our level of service and care fell well short of the high standards we set ourselves.

'We will be writing to both parties affected by this incident. We will of course look again at our procedures and triple-checking our records to ensure this does not happen again.'






Fenomena drama di Malaysia





.

Seorang lelaki memberi ular sawa peliharaannya, makan kucing yang masih hidup.


Pemilik haiwan kesayangan, ular sawa telah merakamkan bagaimana ularnya diberi makan seekor anak kucing. Video yang sadis, bagaimana seorang lelaki berusia 20-an yang membawa anak kucing yang dipanggil Jasmine ke dalam bilik tidur dalam topi Santa dan kemudian diletakkan di atas katil.

Bersembunyi di bawah bantal adalah ular sawa Burma kuning, yang boleh membesar sehingga 19 kaki panjang dan merupakan salah satu ular terbesar di dunia. Jasmine dilihat perlahan-lahan berjalan merentasi katil sehingga ular itu menyedari kehadirannya. Ular itu segera menangkap Jasmine dengan mulutnya dan melilit anak kucing itu.


Seketika, ekor anak kucing itu berhenti bergerak setelah ular itu mulai menelannya. Video itu telah dihantar di atas nama yang dipanggil Flix dari akaun yang didaftarkan di Islington, utara London.
Jika ditangkap, lelaki itu akan menghadapi penjara enam bulan dan denda £ 20,000 kerana menyebabkan penderitaan di bawah Kebajikan Haiwan Akta 2006.

Antara beberapa petunjuk untuk identitinya adalah dia adalah seorang peminat filem Aladdin Disney. Imej dan lagu-lagu dari filem telah diposkan di laman web YouTube beliau.


Jurucakap RSPCA berkata: 'Tidak ada alasan untuk memberi makan kucing secara langsung kepada ular sawa. Doktor haiwan, Pete Wedderburn memberitahu akhbar SUN: anak kucing itu mungkin tidak lebih daripada empat bulan. Ia tiada tempat bersembunyi dan tidak diselamatkan. Ini adalah tindakan seorang manusia yang sadis.








.

Berlaku dalam rancangan yang disiarkan secara langsung


Seorang pengacara utama sebuah stesen televisyen dikejarkan ke hospital selepas mukanya dibaham seekor anjing yang baru diselamatkan ketika program itu disiarkan secara langsung.
Media semalam melaporkan, haiwan seberat 39 kilogram itu, Max, membaham muka Kyle Dyer ketika pengacara itu membongkokkan badannya untuk menepuk anjing Argentine Mastiff berkenaan.

Program bual bicara pagi itu disiarkan stesen KUSA-TV. Pada Isnin lalu, kru stesen berkenaan merakamkan sejumlah anggota bomba menyelamatkan Max yang terkapai-kapai di tasik dalam cuaca sejuk selepas tergelincir.

Ekoran insiden semalam, Max diletakkan dalam sangkar dan diawasi pegawai kawalan haiwan, manakala pemiliknya, Michael Robinson, didenda.
KUSA-TV berkata, Kyle kini stabil dan semakin pulih di sebuah hospital di Denver.

“Pasukan trauma sedang menilai kesan kecederaan di mula Kyle,” kata jurucakap stesen televisyen berkenaan.

Sementara itu, Robinson berkata, dia bersiar-siar dengan Max pada Isnin apabila anjing itu ternampak seekor serigala dan mengejarnya.
Menurut pihak berkuasa, Max terperangkap dalam tasik itu selama 20 minit sebelum anggota bomba tiba dan menariknya keluar.


Ekoran insiden itu, KUSA-TV menjemput Robinson, Max serta anggota bomba yang menyelamatkan anjing berkenaan untuk ditemubual KUSA-TV berkata, insiden serangan Max itu dipotong daripada siaran, tetapi sebahagian daripada klip berkenaan kemudian didedahkan untuk tatapan umum.

Sementara itu, Pengarah Kawalan Haiwan Denver, Doug Kelley, berkata kecederaan dialami Kyle agak serius.





Fenomena drama di Malaysia





.

Apa cerita Ina Naim..


SEKITAR tahun 2006, kehadiran wanita berwajah lembut ini telah mencetuskan impak luar biasa. Mahu atau tidak, harus diakui kedudukannya ketika itu seiring dengan barisan artis popular yang sedia ada.

Barangkali seluruh peminat hiburan tempatan tahu akan kewujudan Nordiana Md. Naim atau Ina Naim ke dalam industri seni tempatan sehingga sempat merakamkan sebuah album, Duhai Hati selain membintangi drama rantaian, Air Mata Maria terbitan Skop Productions.

Tidak perlu lagi disingkap kisah lalu itu kerana apa yang pasti Ina Naim kini cukup bahagia dengan kehidupan baru yang dilaluinya bersama suami dan dua orang anaknya.
Walaupun hampir lima tahun mendiamkan diri selepas mendirikan rumah tangga bersama Mohd. Suhaimi Saad pada 12 Ogos 2007, sesungguhnya Ina Naim masih memiliki nilai berita untuk diceritakan kepada masyarakat.

Berkesempatan bertemu dengan wanita yang membahasakan dirinya sebagai Ina ini di Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini, Hits bertanyakan kepada Ina tentang kehidupannya hari ini.
Dengan senyuman yang tidak lekang dari wajahnya itu sambil sibuk melayan kerenah anak keduanya, Sallman ElKhoyri yang berusia 15 bulan, Ina memberitahu hari-hari dilaluinya sama seperti suri rumah lain.

“Jujurnya, saya sendiri yang mengambil keputusan untuk mengurangkan aktiviti seni selepas berkahwin. Saya tahu ramai yang beranggapan suami saya yang mengarahkan untuk berbuat demikian.

“Tetapi, semua itu tidak benar sebaliknya apa yang saya lakukan atas kehendak diri sendiri. Suami hanya tidak mahu saya aktif sepenuh masa sebagai artis seperti dahulu.

“Sepanjang tempoh itu, tumpuan saya hanyalah untuk keluarga dan anak-anak yang semakin membesar. Bagi saya, itulah kurniaan Allah SWT yang tidak terhingga buat seorang ibu untuk melihat pembesaran anak-anaknya di depan mata,” kata Ina sambil memandang ke arah suaminya.

Ternyata kematangan Ina sebagai seorang wanita cukup terserlah dan semuanya tergambar menerusi butir bicaranya. Barangkali semua ada kaitan dengan perjalanan hidupnya sebagai seorang isteri dan ibu.

Ketika sesi temu ramah, anak sulung mereka Ehmad Hadie Elfardie yang berusia hampir empat tahun tidak bersama mereka kerana berada di Kuantan, Pahang bersama keluarga Suhaimi.

Menyambung bicara, dalam sibuk mengendalikan urusan harian rumah tangga, Ina memberitahu dia juga membantu suaminya menguruskan perniagaan dan juga kelas mengaji untuk kanak-kanak.

“Kami ada membuka gerai menjual laksa di salah sebuah medan selera berhampiran kediaman di Bandar Sri Damansara pada waktu malam.

“Di sebelah siangnya pula, kami akan mengajar mengaji untuk kanak-kanak. Dalam masa yang sama juga, saya sendiri mengikuti kelas agama oleh guru yang dijemput ke rumah.

“Setidak-tidaknya, masa saya terisi dengan pelbagai aktiviti selain daripada tumpuan kepada keluarga. Alhamdulillah, saya cukup selesa dan gembira melalui kehidupan sekarang.

“Apatah lagi, kami juga sedang menantikan kelahiran anak ketiga yang dijangka akan lahir sekitar bulan Jun nanti. Teringin juga mahu anak perempuan selepas puas menjaga dua orang anak lelaki,” jelas Ina sambil ketawa kecil.

Wanita berusia 28 tahun yang pernah popular dengan lagu Duhai Hati dan Rebah ini sempat diusik apakah dia sudah bersedia untuk kembali mewarnai industri seni tempatan. Sambil memandang ke arah suaminya, Ina memberitahu dia mempunyai perancangan untuk berbuat demikian lantaran anak-anak juga semakin membesar.

Tetapi, kata Ina, untuk lagu dan album akan datang, dia tidak akan lagi menyanyikan lagu-lagu berunsurkan cinta dan duniawi, sebaliknya kepada lagu berunsur ketuhanan serta kerohanian.
Malah, suaminya juga telah memberi lampu hijau dan memberikan kebenaran untuk Ina aktif semula dalam bidang seni. -Hits




P/S - Bila tau khabar Ina, tertanya-tanya juga khabar Mawi..





Fenomena drama di Malaysia





.

Lima sekeluarga Islam diami rumah kebajikan gereja

Seorang ibu tunggal dan empat anaknya sanggup tinggal di rumah kebajikan yang dikendalikan oleh sebuah gereja di ibu kota akibat desakan hidup selepas ditinggalkan oleh suaminya.
Perkara itu didedahkan oleh Ahli Parlimen Batu Pahat, Dr. Mohd. Puad Zarkashi semalam dan dikhuatiri akidah mereka boleh terpesong jika terus dibiarkan tinggal di situ.

Menurutnya, wanita yang berasal dari Rengit dekat sini itu, bukan sahaja menderita ditinggalkan oleh suami, malah tidak diendahkan oleh keluarganya.
Ekoran itu, dia akan empat anaknya meninggalkan kampung dan berpindah ke ibu kota untuk memulakan hidup baharu.

“Bagaimanapun, cabaran hidup di ibu kota ‘mengasak’ wanita itu hingga dia menerima tawaran untuk tinggal di rumah kebajikan kendalian sebuah gereja yang menjanjikan kehidupan lebih sempurna,” katanya selepas menyampaikan bantuan kira-kira RM300,000 kepada 44 masjid dan 167 surau di kawasan Parlimen ini di sini.

Beliau memberitahu, perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam tahun lalu dan bertindak daripada maklumat itu, beliau bersama NGO tersebut berusaha membawa keluar wanita berkenaan bersama anak-anaknya dari rumah kendalian gereja berkenaan.

“Kami memindahkan wanita itu tinggal di rumah lain dan sewa selama setahun saya tanggung bagi meringankan bebannya,” katanya yang juga Timbalan Menteri Pelajaran.

Mohd. Puad berkata, situasi malang itu tidak akan berlaku jika transformasi berlaku dalam institusi masyarakat seperti masjid dan surau supaya lebih prihatin terhadap penduduk di kariah masing-masing, terutama dalam menjaga kebajikan, mengesan dan membantu golongan yang susah di kawasan mereka.

“Jangan hanya salahkan pihak lain yang cuba memesongkan akidah umat Islam, tetapi renung kelemahan kita kerana institusi masyarakat termasuk masjid dan surau tidak mengalami transformasi, sebaliknya hanya terlalu menumpukan kepada aktiviti ibadat rutin sehingga seolah-olah mengabaikan kebajikan masyarakat.

“Jika kita lebih prihatin, kejadian seperti ini tidak terjadi dan ia perlu menjadi renungan bersama terutama dalam menjayakan transformasi masjid dan surau sebagai institusi ummah, sekali gus menyelamatkan akidah saudara kita,” katanya.

Mohd. Puad berkata, masjid dan surau juga perlu melakukan inisiatif seperti memberi makanan dan bantuan kepada masyarakat setempat yang memerlukan bagi membolehkan mereka mempunyai tempat untuk mengadu dan tidak terpengaruh dengan golongan tidak bertanggungjawab.






Fenomena drama di Malaysia





.

Seorang lelaki bakar diri


Seorang lelaki Tibet nekad membakar dirinya manakala ratusan yang lain berarak mengadakan tunjuk perasaan bagi membantah dasar kerajaan China.

Stesen Radio Asia yang dibiayai Amerika Syarikat, Radio Free Asia, berkata seorang lelaki yang dipercayai sami, membakar dirinya lewat petang semalam (waktu tempatan) di wilayah Sichuan.
Katanya, pihak polis dan tentera bertindak menahan lelaki terbabit.
Menurut laporan berkenaan, dua rusuhan meletus di wilayah Qinghai, di mana masing-masing dengan jumlah kira-kira 1,000 penunjuk perasaan.

Mereka, katanya, didapati berarak bagi menyatakan sokongan terhadap pemimpin Tibet dalam buangan, Dalai Lama.





Fenomena drama di Malaysia





.

Kren patah, hempap empat kereta


Empat buah kereta rosak teruk apabila sebuah kepala kren terjatuh di kawasan pembinaan bangunan pejabat 35 tingkat berhampiran Stesen Aliran Transit Ringan (LRT) Ampang Park.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khirudin Drahman, berkata kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu menyebabkan kerosakan terhadap kenderaan yang diletakkan di kawasan itu membabitkan sebuah Perodua Kelisa, Proton Wira dan Proton Satria.
"Sebuah lagi kereta pacuan empat roda, Toyota Lexus, yang sedang melalui kawasan itu remuk teruk di bahagian belakang," katanya kepada pemberita di tempat kejadian. Tiada kemalangan jiwa berlaku.
Khirudin berkata, bomba masih menyiasat punca kren itu patah bagi memastikan aspek keselamatan bangunan berkenaan terjamin.

"Semua aktiviti pembinaan di bangunan itu dihentikan sementara sehingga pengesahan keselamatan selesai," katanya.

Seramai 15 anggota dan dua jentera dari Balai Bomba Pusat Jalan Hang Tuah dan Balai Bomba Chow Kit dihantar ke tempat kemalangan selepas mendapat panggilan pada jam 1.20 tengah hari.

Pemandu kereta Toyota Lexus itu, yang hanya mahu dikenali sebagai Eric, 52, berkata beliau amat terkejut dan agak trauma kerana masih merasai hentaman kuat serpihan kren yang jatuh di bahagian kiri belakang bumbung keretanya ketika melalui kawasan berkenaan.
"Saya sedang memandu di jalan itu dan ternampak sesuatu jatuh di depan. Saya cuba mengelak, tetapi kereta saya terkena juga serpihan kren sehingga remuk bahagian bumbung, pintu dan belakang kereta saya," katanya.






Fenomena drama di Malaysia





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!