Friday, March 16, 2012

Pemandu maut tersepit ketika baiki lori


Kejadian berlaku di Ladang Sungai Kelembung, Jalan Felda Telang 1, Kuala Lipis melibatkan seorang pemandu lori, Lau Hon Yong, 53, yang berasal dari Mantin, Negeri Sembilan.

Menurut Pegawai Penguat Kuasa Tadbir/Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Asisten Supritendan Zainalabidin Othman, dalam kejadian pukul 2.20 petang itu, mangsa sedang membaiki pintu hadapan sebelah kanan lorinya yang rosak di tepi jalan.

"Lori itu namun dipercayai bergerak sendiri sehingga menyebabkan mangsa tersepit di antara lori dan pokok kelapa sawit di situ.






.

Impian Manchester United dan Manchester City, musnah....


Impian Manchester United menjulang Piala Liga Europa buat pertama musnah apabila pasukan bimbingan Alex Ferguson ditundukkan 2-1 oleh Athletic Bilbao dalam saingan pusingan kedua di tempat lawan, awal pagi tadi.

Kelab Sepanyol itu hasil bimbingan Marcelo Bielsa mara ke pusingan seterusnya apabila mencatatkan kemenangan dengan agregat 5-3, selepas menundukkan Manchester United 3-2 di Old Trafford pada pusingan pertama, minggu lalu.
Bilbao yang menguasai perlawanan mendahului 2-0 dan hanya melepaskan satu gol hasil jaringan Wayne Rooney pada minit ke-80 iaitu babak terakhir perlawanan.
Sementara itu, di Manchester, pencabar utama saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City turut berputih mata selepas gagal mara ke pusingan seterusnya walaupun mencatatkan agregat 3-3.


Skuad bimbingan Roberto Mancini menang 3-2 di tempat sendiri tetapi Sporting Lisbon mara ke pusingan seterusnya selepas memperolehi kelebihan jaringan di tempat lawan sebaik saja tamat perlawanan awal pagi tadi.

Susulan keputusan itu, Kedua-dua kelab Manchester kini dapat memberikan tumpuan kepada saingan EPL tanpa gangguan perlawanan tambahan di peringkat Eropah. - AFP





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!