Friday, March 16, 2012

Impian Manchester United dan Manchester City, musnah....


Impian Manchester United menjulang Piala Liga Europa buat pertama musnah apabila pasukan bimbingan Alex Ferguson ditundukkan 2-1 oleh Athletic Bilbao dalam saingan pusingan kedua di tempat lawan, awal pagi tadi.

Kelab Sepanyol itu hasil bimbingan Marcelo Bielsa mara ke pusingan seterusnya apabila mencatatkan kemenangan dengan agregat 5-3, selepas menundukkan Manchester United 3-2 di Old Trafford pada pusingan pertama, minggu lalu.
Bilbao yang menguasai perlawanan mendahului 2-0 dan hanya melepaskan satu gol hasil jaringan Wayne Rooney pada minit ke-80 iaitu babak terakhir perlawanan.
Sementara itu, di Manchester, pencabar utama saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City turut berputih mata selepas gagal mara ke pusingan seterusnya walaupun mencatatkan agregat 3-3.


Skuad bimbingan Roberto Mancini menang 3-2 di tempat sendiri tetapi Sporting Lisbon mara ke pusingan seterusnya selepas memperolehi kelebihan jaringan di tempat lawan sebaik saja tamat perlawanan awal pagi tadi.

Susulan keputusan itu, Kedua-dua kelab Manchester kini dapat memberikan tumpuan kepada saingan EPL tanpa gangguan perlawanan tambahan di peringkat Eropah. - AFP





.

4 Penyokong CHELSEA:

Unknown on March 16, 2012 at 9:45 AM said...

kesian.......

go go go ....chelsea

Unknown on March 16, 2012 at 9:47 AM said...

kesian kan...go chelsea go

Afasz on March 16, 2012 at 10:12 AM said...

ala frust la cmni :(

Falling . on March 16, 2012 at 12:04 PM said...

argghhh tidak !!!

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!