Friday, March 23, 2012

Pisang ini muncul dari batang buruk


Aneh tapi nyata. Inilah yang dilihat pada sebuah pokok pisang di Kampung Kreteg RT 02 RW 02 Kecamatan Ciomas, Kabupaten Bogor.
Normalnya, pokok pisang yang telah ditebang bahagian daun dan batangnya dan hanya meninggalkan sedikit batang pada pokok seharusnya lama-kelamaan akan mati membusuk. Namun, pokok pisang ini memiliki keistimewaan pada batang yang memburuk itu. Tepat berada di atas batang itu tumbuh buah yang masih ada jantungnya.

Pokok pisang ini berbuah walaupun hanya meninggalkan batang yang telah membusuk.
Tersebarnya informasi pokok pisang aneh tersebut membuatkan warga tempatan datang mengunjungi lokasi itu untuk menyaksikan dari jarak dekat keanehan pokok pisang ini.

Menurut Elah, warga tempatan mengatakan, keanehan tersebut diketahui setelah seorang warga yang kebetulan melintas melihat keanehan pisang tersebut.

“Pokok pisang itu mampu berbuah walau batang yang telah membusuk,” kata Elah





.

Budak 4 tahun tergantung di tingkap besi selepas terjatuh dari tingkat 6


Jatuh dari tingkap tingkat 6 biasanya tidak digambarkan sebagai bernasib baik, tetapi seorang budak lelaki di China sebenarnya sangat bernasib baik kerana dia tersangkut di besi luar tingkap di bawah. Budak berusia empat tahun itu terpaksa diselamatkan oleh anggota bomba semasa dia berpaut pada tingkap besi di Guangyun, wilayah Sichuan, China.

Budak itu mengambil keputusan untuk pergi mengembara selepas dia ditinggalkan sendiri dirumahnya kerana neneknya keluar. Apabila dia pergi, dia memanjat tingkap pangsapuri tingkat keenam. Dia kemudian tergelincir dan jatuh, tetapi bernasib baik kerana tersangkut di besi tingkap pangsapuri di bawah. Dia lalu berpaut di besi itu manakala saksi yang melihat kejadian itu membuat panggilan kecemasan meminta pertolongan.


Dua orang telah memegang budak itu untuk memastikan dia tidak terus jatuh ke tingkat bawah.
Apabila anggota bomba tiba, mereka segera mengikat budak itu ke besi menggunakan tali untuk menghalangnya daripada jatuh.

Mereka kemudiannya menggunakan gergaji untuk memotong besi dan membuat satu lubang agak budak itu boleh masuk melaluinya. Dia kemudian ditarik kedalam, dan segera dipeluk oleh keluarganya yang menanti dengan cemas.






.

Ejen jual iPad3 lebih mahal di eBay


Kumpulan sindiket pasaran gelap di sini didakwa mengambil kesempatan membeli komputer tablet terbaru Apple, iPad3 yang mula dipasarkan di beberapa negara semalam, untuk dijual di India dengan harga lebih mahal.

Akhbar Star melalui laman webnya melaporkan, ejen-ejen sindiket itu menerima upah antara 10 hingga 20 pound (RM48.42 hingga RM96.85) sehari untuk beratur di kedai-kedai Apple.

Mereka dapat dilihat memegang beg-beg yang penuh dengan produk itu malah ada yang dilihat menggunakan troli untuk membawa berkotak-kotak iPad3 yang baru dibeli.

Seorang pelajar dari Stanmore, Barat Laut London, Noah Green, 16 yang menjadi orang keempat beratur di kedai Apple di Regent Street berkata, seseorang mendekatinya dan menawarkan 300 pound (RM1,452) untuk mengambil tempatnya.






.

Anakku di mana..


“Jantung saya hampir terhenti apabila melihat dia terperosok di bawah kereta dan tidak menyahut panggilan saya,” kata Salinda Kamisan, 38, menceritakan kemalangan menimpa anak bongsunya, Mohd Ilman Sadiq Mohd Abdul Hakim, 18 bulan, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, kanak-kanak yang mesra dengan panggilan Ilman itu terperosok di ruang bawah kereta ibunya selama hampir lima minit sebelum berjaya dikeluarkan, namun cedera parah dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini.


Salinda berkata, pemeriksaan doktor mendapati anak keempatnya itu mengalami kecederaan dalaman yang serius di bahagian paru-paru apabila tubuhnya terlipat dua akibat insiden berkenaan.

Menurutnya, kejadian berlaku apabila Proton Iswara itu mengundur tanpa disengajakan selepas kakak Ilman, Norizati Nafisah, 14, tertolak brek tangan ketika ingin mengeluarkan makanan daripada dalam kereta.
Sebelum kejadian, kereta itu diparkir di depan rumah keluarga berkenaan di Jalan Cengal 3, Taman Desaru Utama, Bandar Penawar, Kota Tinggi.






.

Nyamuk raksasa ditemui


Berbeza dengan nyamuk pada umumnya, haiwan ini memiliki kaki sepanjang 7 sentimeter, panjang patok 0.7 sentimeter, serta panjang sayap hingga 2.5 sentimeter.Warga Desa Sumarrang, Kecamatan Campalagian, Polewali Mandar, Sulawesi Barat, dihebohkan dengan adanya nyamuk raksasa.

Nyamuk ini ditemukan pertama kali oleh warga di sebuah masjid saat akan melakukan solat Magrib. Kerana risaukan kehadiran nyamuk ini, penduduk kampung menangkap nyamuk ini secara beramai-ramai.

Bahkan pelaksanaan solat sempat ditunda kerana para jemaah berbincang untuk menangkap nyamuk ini.

Mereka yakin, nyamuk yang ditangkap ini merupakan nyamuk terbesar di Indonesia yang pernah mereka jumpai. Untuk sementara, nyamuk raksasa ini disimpan di rumah salah seorang penduduk.

Harli Mulyadi, pemilik rumah, mengaku dia risau dengan penemuan nyamuk raksasa ini. Sebab wilayahnya pernah ditetapkan sebagai endemik demam berdarah.
Dia berharap, pemerintah daerah tempatan segera bertindak dengan menggadakan fogging atau pengasapan untuk menghalang perkembangbiakan nyamuk tersebut.






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!