Saturday, April 14, 2012

Eh.. apa yang dia buat tu? Bahayalah..


Agaknya lelaki yang berkerusi roda ini tergesa-gesa untuk ke tempat kerja.
Lelaki yang tidak dikenali telah difilemkan berpaut dibelakang sebuah trak sambil trak itu memecut laju di sepanjang lebuh raya yang sibuk.

Dan nampaknya, dia mempunyai tanda bahaya yang dilekatkan di belakang kerusi roda untuk memberi amaran kepada pemandu lain di belakangnya. Penumpang dan pemandu kereta disekitar lori itu memberi reaksi berbeza dan cuba menghentikan perbuatan bahaya lelaki itu.


Tidak percaya dengan apa yang mereka lihat, mereka memutuskan untuk memotong lori itu dan memastikan ianya bukan sekadar lakonan. Dan ketika itu mereka dapat saksikan lelaki itu tenang berpaut dibelakang lori.. Gila..






.

Apa yang ada dalam pie tu?


Leigh Sylvester yang lapar, telah mendapat kejutan apabila dia membeli pai daging lembu dan bawang di kedai dan mendapati ada sesuatu didalam pai itu. Isteri Vicky menghidangkan pie itu dengan cip dan kacang dan Leigh telah makan 1/4 apabila dia merasakan sesuatu yang aneh pada gigitannya.

"Dia memotong pai itu dengan pisau dan garpu dan mendapati kain pencuci piring kotor-biru dan putih berada didalamnya," kata isteri Vicky. 'Ianya sangat mengejutkan.'

Vicky membeli pek empat pai beku dari kedai Farm Foods Storen di Wolverton, Bucks. Mereka telah membuat aduan kepada kedai itu dan kedai itu menawarkan baucer £ 20 untuk berbelanja di kedai, tetapi selepas mereka menolak kerana ianya 'penghinaan', Puan Sylvester telah ditawarkan cek £ 50.


Ibu-tiga anak itu sekali lagi telah menolak tawaran pampasan Dia berkata: 'Kami terluka sekarang. Kami tidak akan makan pai lagi.

Seorang jurucakap Makanan Farm mengesahkan aduan Sylvester telah diterima.





.

Pekerjaan yang paling menakutkan??


Pekerjaan berkaitan dengan mayat kebiasaannya tidak digemari wanita tetapi, berlainan pula bagi gadis muda berasal dari Jakarta ini.

Alia telah menjadi juru solek mayat di Rumah Mayat Atma Jaya di Pluit sejak lima tahun lalu dan kini dia lebih banyak meluangkan masa bersama mayat berbanding membuat perkara lain.

Gadis berusia 23 tahun ini turut mengakui dia seorang yang mudah takut tetapi disebabkan ini adalah mata pencariannya, dia memberanikan diri dan belajar daripada orang yang berpengalaman.

"Saya beruntung kerana memiliki rakan yang berpengalaman dalam kerjaya ini dan sudi memberi tunjuk ajar kepada saya," katanya ketika ditemu bual oleh Jakarta Globe.





.

Hamster ni dah mati dan dikubur, tapi tiba-tiba dilihat berlari di taman.. aneh..


Sebuah keluarga terkejut mendapati hamster mereka telah datang semula dari kematian, sehari selepas dia telah dikebumikan di taman belakang rumah mereka. Hamster yang berusia empat tahun, yang dipanggil Jesus, menggali keluar dari kubur 2ft (60cm) untuk bersama semula pemiliknya yang sedang sedih.

Hamster itu telah dikubur oleh bapa tiga anak, Dave Eyley dalam tanah taman di Wantage, Oxfordshire, selepas didapati 'sejuk dan tidak bermaya' di dalam sangkar. Tetapi kurang daripada 24 jam kemudian jiran yang melihat haiwan itu di sekitar taman. Encik Eyley, 49, mendapat panggilan pada telefon bimbit dari jiran Sandy Humphreys untuk memberitahu dia: 'hamster anda telah melarikan diri dan saya baru sahaja menangkapnya,' lapor The Sun.

Dia menjawab: 'Ia mustahil - hamster itu sudah mati.'


Apabila dia melihat hamster itu Encik Eyley percaya ia adalah haiwan kesayangan mereka yang 'mati'.
Encik Eyley memberitahu bagaimana dia, isteri Wendy, 47, anak perempuan Bayley, 23, dan kembar Jake dan Emma, 20, telah 'terkejut' mengenai hal itu.






.

Sony keluarkan jam tangan pintar


Syarikat elektronik, Sony memperkenalkan jam tangan yang boleh melayari Intenet menggunakan aplikasi sistem operasi Google, Android. Menurut Sony, SmartWatch boleh melayari Internet melalui sambungan tanpa wayar menggunakan teknologi Bluetooth ke telefon pintar Android.

Jam tangan berharga AS$150 (RM465) itu boleh dibeli di Internet dan kedai Sony.
Presiden unit pelanggan Sony Mobile Communication, Paul Hamnett berkata, SmartWatch menyediakan akses kepada bahan kandungan dan hiburan secara langsung.

Katanya, SmartWatch boleh bertukar daripada memaparkan masa kepada skin sesentuh untuk melayari Internet.




.

Campur produk makanan halal dan tidak halal?


Sebuah premis pembekal makanan sejuk beku yang dipercayai untuk pasaran sekitar Cheras di sini diserbu anggota penguat kuasa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam setelah pemilik kedai itu didapati mencampur produk makanan halal dan tidak halal dalam bilik sejuk beku yang sama.

Premis yang terletak di Taman Bukit Anggerik, Cheras itu dikatakan telah beroperasi sejak tiga tahun lalu dan menjual pelbagai produk sejuk beku seperti sosej, bebola ikan dan kek ikan tetapi pada masa yang sama turut menjual bebola dan sosej babi.

Penolong Pengarah Kanan Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Hub Halal Jakim, Mohd. Amri Abdullah berkata, berdasarkan hasil serbuan, pihaknya mendapati pemilik premis berkenaan mencampurkan semua produk makanan itu di dalam bilik sejuk yang sama.

“Hasil pemeriksaan memang didapati wujud percampuran produk halal dan tidak halal dalam bilik sejuk beku yang sama.

“Ini merupakan satu isu yang sensitif kepada umat Islam dan Jakim memandang serius tindakan pemilik premis berkenaan kerana produk makanan tersebut turut dijual kepada pengguna Islam,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.




.

Gambar perkahwinan Watie Elite dan suaminya, Joey


Setelah sekian lama memberi janji, akhirnya pelakon Watie Elite sudi berkongsi gambar-gambar pernikahannya dengan penyanyi Beradu Suratan, Joey. Meskipun telah lima bulan berlalu, gambar-gambar menarik sekitar pernikahan rahsia pasangan ini masih mempunyai nilai beritanya kerana belum tersiar dalam mana-mana akhbar juga di Internet.

Pasangan ini bernikah di rumah Watie di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur dengan diwalikan oleh adik lelaki Watie sendiri, Mohd Norazly Sadali. Keluarga rapat kedua-dua pengantin memberi restu termasuklah ibu Joey, Zaidah Zakaria yang datang dari Johor untuk sama-sama menyaksikan detik bersejarah itu.
Pertama kalinya juga, Watie membuat pengakuan mengenai apa sebenarnya yang berlaku sehingga membuatkan pernikahan mereka dirahsiakan daripada orang ramai.

“Sebenarnya saya sendiri tidak tahu apa-apa tentang acara akad nikah. Joey merancang seorang diri secara rahsia dan saya sangat terkejut apabila pada malam itu rumah kami didatangi juru nikah.

“Keluarga saya juga diuruskan oleh Joey dan rupa-rupanya mereka telah berpakat dan membuat perancangan secara sulit untuk menikahkan kami.

“Saya bukan merahsiakan babak-babak indah ini tetapi detik-detik pernikahan itu adalah perancangan kejutan untuk saya oleh suami,” kata Watie membetulkan tanggapan.


Joey penyayang

Berjodoh dengan Joey, seorang artis yang berada di kelas tersendiri dalam kualiti kesenimannya adalah satu pilihan. Meskipun pelbagai pertanyaan dan jolokan gelaran diberikan, pada Watie dia menerima takdir berjodohan dengan lelaki berkarisma romantis itu.

Kata Watie, cinta agung Joey terhadap dirinya membuatkan dia nekad untuk menerima lamaran yang dibuat setelah lebih setahun berkenalan.

“Dia melayan saya seperti seorang puteri, kasih sayang dia sarat dan saya berasa sangat dihargai.

“Biarpun kami tidak kaya harta, tidak terlalu mewah tetapi kasih sayang Joey yang melimpah kepada saya dan anak, Afif (8 tahun) telah menyatukan kami dalam ikatan pernikahan.

“Saya harap semua pihak akan mendoakan agar pernikahan ini memberi bahagia yang selamanya, sepanjang kehidupan buat kami.

“Keinginan saya selepas ini tidak lain mahu cepat-cepat hamil dan melahirkan anak kami. Sangat tidak sabar untuk melihat bagaimana rupa anak kami itu nanti,” pinta Watie yang merupakan ibu kepada seorang anak lelaki hasil pernikahan terdahulu. -utusan





.

Maut digilis selepas jumpa tunang


Hasrat murni seorang anggota polis untuk mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihannya hujung Mei ini berkecai apabila dia maut selepas menjadi mangsa langgar lari oleh sebuah lori satu tan di Jalan Permatang Tinggi dekat sini kelmarin.

Kejadian pukul 8.45 malam itu mengakibatkan anggota polis dari Balai Polis Machang Bubok, Konstabel Nan Ruazlan Zulkefle, 23, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan badan. Nan Ruazlan merupakan anak kelahiran Felda Kahang Barat, Kluang, Johor.

Kemalangan itu berpunca apabila Nan Ruazlan yang sedang meronda bersama seorang rakan dengan menunggang dua buah motosikal terserempak dengan sebuah kereta jenis Proton Saga dalam keadaan mencurigakan.

Ketika hendak berhenti selepas memintas kereta itu, pemandunya yang merupakan seorang lelaki telah memecut laju hingga bergesel dengan motosikal mangsa.

Akibatnya, mangsa terbabas lalu melanggar pembahagi jalan hingga menyebabkan Nan Ruazlan terpelanting di atas jalan sebelum dia digilis sebuah lori. -kosmo





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!