Saturday, April 21, 2012

Kemalangan sadis melibatkan banyak..haiwan


Pemandu lebuh raya telah berhadapan dengan keadaan menyedihkan apabila haiwan mati bergelimpangan apabila sebuah lori yang mengangkut haiwan itu kemalangan. Bangkai kuda dan lembu telah dialihkan dari kenderaan yang dinyatakan, mengakibatkan seluruh jalan dikawasan itu ditutup.

Pasukan pakar yang telah dibawa masuk untuk membantu membersihkan kotoran, meninggalkan pemandu yang menghadapi masalah kelewatan penghantaran. Kemalangan itu berlaku sejurus selepas 12:30 semalam dan melibatkan dua kenderaan.

Lori itu membawa haiwan-haiwan itu ke insinerator.
Pekerja perkhidmatan kecemasan telah berhadapan dengan longgokan haiwan mati apabila mereka tiba di tempat kejadian. Lebuh raya pada mulanya ditutup dalam kedua-dua arah berikutan kemalangan itu, dengan jalan selatan yang masih ditutup buat beberapa hari.

Kedua-dua pemandu cedera dalam kemalangan.




P/S - Haiwan mati ke insinerator? kenapa tak tanam jer?





.

Wanita Jepun mati dibaham beruang terlepas kurungan


Sekurang-kurangnya dua wanita terbunuh selepas seekor beruang terlepas dari kurungan di sebuah taman di utara jepun hari ini, lapor media tempatan.

Dalam kejadian tersebut, pekerja wanita yang berusia 70 tahun meninggal dunia selepas dibaham binatang buas tersebut, manakala rakannya pula yang berumur 60 tahun ditemui mati selepas beberapa jam hilang.

Taman yang terletak di wilayah Akita itu membela kira-kira 38 ekor beruang, lima yang dilaporkan terlepas dari kandang manakala enam lagi ditembak oleh pemburu di kawasan tersebut. - dpa





.

Menantu P. Ramlee susah dapat kerja


Menantu kepada Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, Surijaningsih Bakar, 43, berdepan kesukaran mendapatkan pekerjaan kerana banyak pihak menganggap dia hidup mewah dengan harta peninggalan seniman agung itu.

Menurutnya, ada majikan yang enggan mengambilnya bekerja sebaik diberitahu mengenai kaitannya dengan P. Ramlee selain faktor umurnya yang dianggap sudah lanjut.

Ujarnya, ekoran itu, dia sukar mendapat kerja dan terpaksa bergantung hidup dengan bantuan kewangan daripada Baitulmal Wilayah Persekutuan sebanyak RM400 sebulan.

"Saya sudah lali dengan tanggapan masyarakat yang mengatakan saya kaya. Hakikatnya, kami tiga beranak hidup susah seperti orang lain.

"Jika diberi pilihan, saya mahu berniaga pakaian atau makanan tetapi kesukaran hidup yang dihadapi menyukarkan saya untuk mengumpul modal," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam. -KOSMO





.

Chong Wei jelas sebab tidak hadir majlis


Pemain perseorangan badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei hari ini memberi penjelasan kepada Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong sebab beliau tidak menghadiri Majlis Anugerah Sukan Negara pada Selasa lalu.

Zolkples berkata, Chong Wei sebenarnya sudah memaklumkan kepadanya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) bahawa beliau tidak sihat untuk menghadiri majlis itu.
"Sebenarnya berlaku salah faham antara saya dan Chong Wei. Saya terlalu sibuk dengan penganjuran majlis itu seperti 'rehearsal' dan sebagainya, sehingga tidak menyedari Chong Wei ada menghubungi saya melalui SMS menyatakan beliau tidak dapat hadir kerana tidak sihat," katanya pada sidang media di sini.
Terdahulu, Zolkples dan Chong Wei mengadakan pertemuan tertutup di pejabatnya di Bukit Jalil di sini.

Selain itu, Zolkples berkata, MSN juga akan membawa Chong wei menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah tidak lama lagi bagi memberi penjelasan mengenai ketidakhadirannya pada majlis itu.

Sementara itu, Chong Wei berkata, beliau menyedari pentingnya majlis itu dengan Tuanku Abdul Halim berangkat menghadirinya.

"Saya tahu anugerah Sukan MSN penting tapi saya memang demam. Sebenarnya pada hari itu saya berniat mahu pergi tetapi keadaan demam saya bertambah teruk pada waktu petang," katanya yang juga penerima anugerah Olahragawan Kebangsaan 2011 pada majlis yang sama.
Chong Wei diwakili abangnya, Lee Chong Eng pada majlis Selasa lalu.

Chong Wei menjelaskan walaupun demam, beliau tetap menjalani latihan pada keesokannya kerana perlu mengeluarkan peluh.
Atlet berusia 30 tahun itu memohon media supaya memberi kerjasama dan sokongan kepadanya berdepan cabaran pada Sukan Olimpik di London.

"Saya mahu lupakan isu ini dan fokus pada Olimpik. Tekanan buat saya memang tinggi jadi saya harap media boleh beri kerjasama dan bantu saya," katanya yang juga atlit harapan negara untuk meraih emas pertama pada temasya itu. - BERNAMA





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!