Sunday, May 13, 2012

Abdullah Adawi hilang kepala kerana cekik isteri yang sedang tidur


Pihak berkuasa Arab Saudi, menghukum penggal seorang rakyatnya kerana membunuh isterinya ketika sedang tidur. Demikian diberitakan AsiaOne. Keterangan ini disampaikan pihak Kementerian Luar Negeri Arab Saudi. Lelaki ini bernama Abdullah Adawi yang telah mencekik isterinya, Rihab Harithi, ketika dia sedang tidur.

Dia dihukum penggal di Jizan, sebuah wilayah yang terletak di selatan negara kerajaan itu. Pemenggalan kepala Adawi menambah jumlah 14 kes penggal di negara ultra-konservatif pada tahun ini. Berdasarkan perhitungan, paling kurang 76 orang dihukum penggal pada tahun 2011 sementara kelompok hak asasi manusia, Amnesty International, menyebut kes itu mencapai 79 kes.

Hukuman mati di Arab Saudi dijatuhkan atas beberapa kejahatan antara lain pemerkosaan, murtad, pencuri bersenjata, perdagangan ubat terlarang, serta pembunuhan. Ini berdasarkan hukuman syariah yang diamalkan di negara itu.

Lelaki Ini menyewakan wajahnya untuk dipasang Iklan


Apa yang dilakukan oleh seorang lelaki yang berasal dari Jerman ini sungguh aneh. Aneh tapi nyata. Jika biasanya media memasang iklan itu di surat khabar, majalah, dinding, sepanduk, brosur, dan lain-lain. Lain halnya dengan apa yang ditawarkan oleh lelaki ini. Dia menyewakan wajahnya sebagai media penempatan iklan (advertising).

Uwe Troschel, yang terobsesi membangun sebuah muzium yang didedikasikan untuk anjing kesayangannya yang bernama St Bernard. Untuk itu tentu memerlukan wang yang banyak. Akhirnya dia menemukan sebuah idea untuk menyewakan wajahnya untuk dipasang iklan. Wajahnya akan dipasang iklan dari perusahaan-perusahaan yang berminat memasang iklan di wajahnya. Mengapa tidak?

Sebabnya, iklan itu akan tetap terpasang sepanjang hayat. Dan agaknya, Uwe Troschel tidak ragu-ragu atau risau dengan penampilan wajahnya yang akan penuh dengan iklan. Setiap bahagian di wajahnya dilengkapi dengan harga sendiri. Jadi untuk memasang iklan di dahi Troschel bayarannya adalah € 50.000, dan pipi masing-masing, 20.000 euro. Hidung dengan harga 2.000, dan jika setiap perusahaan yang tertarik untuk memasang iklan pada seluruh wajah, maka mereka harus membayar dngan tarif € 100.000.





.

Habiskan 81 Jam Sebulan Guna Telefon Bimbit


Lelaki dan wanita di India, yang merupakan pengguna telefon mudah alih kedua terbesar di dunia, menggunakan 81 jam sebulan mengendalikan peranti telefon pintar masing-masing. Bagaimanapun, wujud perbezaan ketara cara mereka menggunakan peranti masing-masing, di mana lelaki suka melayari web manakala wanita menggunakan perkhidmatan pesanan.

Nielsen Informate Mobile Insight mendedahkan bahawa wanita menggunakan 25 peratus daripada masa membuat penggilan dan menghantar pesanan, 19 peratus melayari web, 29 peratus aplikasi online dan 27 peratus aktiviti offline. Sebaliknya, lelaki menggunakan 50 peratus lebih banyak masa melayari web. "Lelaki menggunakan 28 peratus daripada masa melakukan pelayaran, 37 peratus aktiviti offline, 19 peratus membuat penggilan dan pesanan dan 16 peratus aplikasi online," demikian menurut dapatan kajian itu yang dilakukan baru-baru ini.

Sehingga Januari, India mempunyai lebih 903 juta pengguna telefon mudah alih. Ia mempunyai pengguna Internet ketiga terbesar di dunia dengan lebih 121 juta sehingga Disember 2011. Purata bilangan laman web yang dilawati oleh lelaki ialah 20 sebulan berbanding hanya 14 di kalangan wanita. Bagaimana, wanita lebih suka tapak sosial berbanding lelaki kerana 43 peratus daripada halaman web yang dilawati oleh wanita ialah tapak jaringan sosial berbanding dengan hanya 32 peratus bagi lelaki, kata Nielsen. Lelaki juga lebih banyak melakukan ujian dengan peralatan masing-masing di mana secara purata mereka memasang 16 aplikasi sebulan berbanding dengan hanya 11 oleh wanita. - BERNAMA




.

Gambar Anang dan Ashanty yang telah sah menjadi suami isteri


Selepas melalui proses persiapan yang panjang, penyanyi dan komposer Anang Hermansyah dan Ashanty akhirnya sah bergelar pasangan suami isteri. Dengan sekali lafaz, bekas suami kepada penyanyi Krisdayanti itu bernikah dengan Ashanty di Masjid Albina, Senayan di sini pada petang Sabtu. Majlis akad nikah itu disaksikan keluarga kedua belah pihak.

Bapa kepada Aurel dan Azriel itu menyunting Ashanty dengan mas kawin berupa sepersalinan pakaian solat, dua set perhiasan dan wang hantaran yang hanya sebanyak RM4.187 (Rp12.512), melambangkan hari jadi mereka. “Dia (Ashanty) sekarang sah menjadi isteriku,” ujar Anang dalam nada bahagia sebelum memeluk dan mencium Ashanty di hadapan media.




.

Ini kisah Hyun Bin


Pelakon drama Secret Garden, Hyun Bin yang sedang bercuti daripada menjalani perkhidmatan latihan tentera marin dilihat membeli-belah di butik Linoui, Apgujeondong, baru-baru ini. Walaupun pelakon kacak itu cuba berselindung, namun kehadirannya dapat dikesan dan lima keping fotonya dimuat turun di Internet.


“Memang betul Hyun Bin datang membeli-belah di butik kami pada 7 Mei lalu. Dia sangat suka dengan sebuah beg besar dan sempat membeli sebuah beg untuk ibunya. “Kata Hyun Bin, tahun lalu dia sibuk dan tidak sempat membeli hadiah sempena Hari Ibu untuk emaknya. Tahun ini kebetulan hari cutinya jatuh pada tarikh berhampiran, jadi sempatlah dia membeli," cerita salah seorang pekerja butik.


Hyun Bin akan selesai menjalani perkhidmatan itu pada 6 Disember ini.





.

Ibu Paling Hebat 2012


Penyanyi Beyonce Knowles dan pelakon sensasi Angelina Jolie merupakan antara selebriti yang menempa nama dalam senarai 'Ibu Paling Hebat 2012'. Sempena sambutan Hari Ibu pada Ahad ini, majalah Working Mother akan menyenaraikan 10 ibu paling hebat 2012 terdiri daripada golongan usahawan, selebriti dan eksekutif.

Senarai tersebut sebagai memperingati jasa dan pengorbanan golongan ibu dalam membesarkan anak-anak, selain kejayaan mereka dalam kerjaya. Pelakon komedi, Melissa McCarthy, 41, yang merupakan ibu kepada dua anak perempuan iaitu Vivian, 5, dan Georgette, 2, turut tersenarai. Jolie, 36, mempunyai enam anak terdiri daripada pelbagai etnik termasuk tiga anak kandung iaitu Maddox, 11, Pax, 8, Zahara, 7, Shiloh, 5, serta anak kembar Knox dan Vivienne, 3 tahun.

Bagi Knowles, 30, tahun ini merupakan sambutan Hari Ibu pertama buatnya selepas melahirkan anak perempuan yang diberi nama Blue Ivy pada 7 Januari lalu. Ketua Pegawai Operasi, Facebook, Sheryl Sandberg dan penulis buku Hunger Games, Suzzanne Collins turut tidak ketinggalan dimasukkan dalam senarai tersebut. - AGENSI




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!