Wednesday, May 30, 2012

Hujan yang terunik dan aneh didunia


Hujan Cacing di Amerika.
Pegawai departmen polis Jenning, Eleanor Beal sedang menyeberang jalan untuk bekerja, ketika sesuatu jatuh dari langit, dia mengatakan bahawa benda yang jatuh dari langit adalah cacing, yang jatuh dengan kusut dan berupa gumpalan, ternyata telah terjadi hujan cacing.

Dan tidak ada yang tahu dari mana cacing-cacing itu muncul, namun sebahagian percaya bahawa semburan air yang ditemukan 5 km dari tempat kejadian pada waktu yang sama di Lacasine Bayou, mungkin ada kaitannya dengan kejadian ini.










.

Aneh, bagaimana gambar pakciknya yang sudah mati lama dulu ada dalam kamera yang dibelinya di jualan garaj


Seorang budak lelaki berusia 13 tahun telah membuat satu penemuan yang mengejutkan apabila dia membeli sebuah kamera di jualan garaj dan mendapati gambar pakciknya yang telah mati ada didalamnya. Addison Logan mendapati kamera POLAROID lama dijual ketika dia pergi di sekitar jualan murah dengan nenek,, Lois di Wichita pada hari Khamis. Dia membeli kamera untuk $ 1 dan pulang ke rumah untuk menyelidik bagaimana untuk menggunakannya di internet.

Apabila Addison mengeluarkan kartrij dan membukanya, dia melihat gambar lama didalamnya. Lois mengenal pasti salah satu daripada orang-orang di dalamnya sebagai anak lelakinya, Scott, yang terbunuh dalam kemalangan kereta 23 tahun yang lalu. Dia meneka bahawa gambar itu, iaitu anaknya dan kawan sekolah tinggi, Susan, telah diambil kira-kira 10 tahun sebelum kematiannya. Lois terkejut apabila dia diberitahu oleh cucunya, ianya datang dari kamera, yang baru mereka beli bersama-sama.


Aneh! Bagaimana kamera yang menjadi tawaran di jualan garaj itu adalah merupakan kepunyaan mereka dahulu. Scott meninggal dunia ketika dia tertidur semasa memandu di Interstate 70.





.

Wanita islam pertama jadi menteri di England


Identiti sebagai muslim tidak membuat Baroness Sayeeda Warsi, terhalang dalam menjalani tugasnya sebagai Menteri Non Portofolio dan juga ketua Parti Konservatif England. Dia mengakui, identiti itu justru membuatnya ingin membuat perubahan. "Ramai yang mengatakan bahawa kejadian 9/11 mengubah dunia dan cara pandang terhadap Islam. Sebagai wanita islam yang lahir dan besar di England, hal itu juga mengubah dunia saya," kata Warsi.

Wanita keturunan Pakistan itu menceritakan, dia menghadapi tekanan dari dua kelompok masyarakat selepas peristiwa 9/11. Selain dari kaum kulit putih England kerana dia dianggap terlalu 'berwarna' dan terlalu perempuan, Warsi juga mendapat tekanan dari masyarakat Muslim England.  'Visi saya adalah menyatukan keduanya'. katanya.






.

Ditembak mati berkali-kali ketika melancong


Seorang pelancongan Jerman telah ditembak tiga kali ketika dia sedang bersantai di pantai dekat Port Numbay. Tembakan itu dilepaskan dari sebuah kereta jenis Avanza lalu mengenai belakang, dada dan kaki pelancong itu kata jurucakap polis, Saud Usman Nasution kepada pemberita pada Selasa.

"Nama mangsa itu ialah Dietmar Pieper, seorang doktor berusia 55 tahun dari Jerman. Dia kini sedang dirawat di Hospital Jayapura," katanya. Pieper, sedang dalam percutian bersama isterinya di Pulau Papua yang dahulunya dikenali sebagai Irian Jaya iaitu wilayah paling hujung dalam kepulauan Indonesia.
 







.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!