Tuesday, June 5, 2012

Aneh! Nanas seakan buah sawit



Seorang peneroka yang mengusahakan tanaman nanas secara sambilan terkejut apabila mendapati hasil tanamannya itu membesar seakan-akan buah sawit. A Muin Saat, 60, dari Felda Kemasul, di sini, berkata, dia menanam benih nanas Sarawak beberapa bulan lalu berhampiran rumahnya. Menurutnya, selepas beberapa bulan dia mendapati terdapat kelainan pada bentuk buah tersebut yang lebih besar dan berkembar dengan pokok nanas yang ditanam di sebelahnya.

“Mula-mula saya lihat ia macam biasa tetapi lama-kelamaan buah nanas ini seakan bercantum dan semakin membesar. “Apabila buah ini sudah mencapai berat satu kilogram barulah saya perasan kelainan yang ada padanya menyebabkan timbul minat untuk menyimpannya,” katanya. Muin berkata, kejadian pelik itu pertama kali dialami sepanjang penglibatannya dalam bidang pertanian dan tidak pernah melihatnya di tempat lain.


“Saya rasa ia pelik dan tidak akan menjual atau memakannya, tengoklah macam mana nanti kalau rasa dah puas simpan mungkin akan dijual juga,” katanya.






.

Wajahnya berubah hanya kerana terlalu lama memandu


Pekerjaan sebagai pemandu trak sudah tentu mengorbankan banyak benda dari mula waktu hingga keselamatan nyawa pemandu itu sendiri selama berada di jalan raya. Namun lebih dari itu, ternyata memandu trak boleh membawa perubahan mengejutkan pada fizik seorang lelaki yang sudah memandu selama hampir 28 tahun lamanya di AS.

Posisinya yang selalu ada di sebelah kiri kenderaan itu dan terkena cahaya matahari telah membuatkan sebahagian dari wajahnya berubah. Perubahan yang terjadi antara lain akibat sinar ultar violet dari matahari..






.

Tasik Retba yang berwarna pink


Aneh sekali tasik ini kan? Seperti warna susu strawberry yang manis. Tapi jangan salah, rasa air tasik pink yang bernama Tasik Retba yang letaknya di Senegal, Afrika Barat ini tidak manis, melainkan masin. Ya, masin kerana kandungan garam dalam tasik ini sangat pekat, bahkan hingga mencapai 40%. Warna pink yang kelihatan ini pun sebenarnya kerana kandungan garam tersebut. Ramai penduduk yang bekerja mengumpulkan garam dan mineral yang terkandung dalam air di tasik tersebut.


Terllihat dari banyaknya tumpukan gunung garam di tepi tasik Retba yang kedalamannya hanya sekitar 3 meter saja. Seperti halnya di Laut Mati, pengunjung terlihat menguji tingkat kepekatan garam yang dapat membuat mereka mengambang ketika sedang berenang di tasik itu. Pelancong mengapung dengan posisi tidur, tanpa takut tenggelam kerana tingginya kadar garam.


 Michael Danson, seorang ahli dalam bakteria extremophile dari Bath University, mengatakan:“Warna strowbery dihasilkan oleh organisme Dunaliella salina. Ianya menghasilkan pigmen merah yang menyerap dan menggunakan energi sinar matahari untuk menciptakan energi yang lebih, mengubah air jadi pink”, terangnya.

Walau kebanyakan organisma tak dapat hidup di air dengan tingkat kepekatan garam yang tinggi, namun bakteria tersebut boleh. Dan terbukti, tasik Retba berubah warna menjadi pink yang indah dilihat.






.

Gambar anak Nia Ramadhani



Pelakon sinetron jelita Indonesia, Nia Ramadhani selamat melahirkan bayi sulungnya, semalam. Pelakon berusia 22 tahun itu melahirkan bayi perempuan diberi nama Mikhayla Zalindra Bakrie menerusi pembedahan. Nia dan bayinya kini dilaporkan berada dalam keadaan sihat.


Pelakon yang terkenal menerusi sinetron Bawang Merah Bawang Putih itu berkahwin dengan Ardiansyah Bakrie pada 1 April 2010. Walaupun Nia baru sahaja melahirkan bayi, suaminya mengakui dia tidak sabar untuk menambah anak.


"Saya bersyukur dan sangat seronok dengan kelahiran anak sulung kami. "Namun, saya juga tidak sabar untuk menambah anak kerana kami memang sukakan kanak-kanak," katanya. - AGENSI






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!