Saturday, June 9, 2012

Indah..Awan 'Pelangi' aneh ketika matahari terbenam


Sebuah awan bercahaya berkembang menjadi pelangi di China selatan beberapa hari lepas, muncul ketika senja di China selatan di Provinsi Hainan. Awan 'pelangi' itu terlihat pertama kali oleh seorang anak di sebuah kapal penangkapan ikan, dan terus diabadikan didalam gambar oleh seorang jurugambar tempatan. Efek yang jarang dibuat oleh cahaya pembiasan dari kristal ais di awan, daripada partikel-partikel air dekat dengan Bumi, menciptakan sebuah 'pelangi terbang’.







.

Apa cerita Lindsay Lohan yang terbabit dengan kemalangan?



Lindsay Lohan dilaporkan sedang menerima rawatan di sebuah hospital di sini pada Sabtu selepas mengalami kecederaan ringan susulan kemalangan kecil membabitkan kereta Porsche miliknya dengan sebuah trak. Bintang berusia 25 tahun itu mengambil masa dua jam menjalani pemeriksaan. Kenderaan Lindsay dilaporkan remuk selepas termasuk dalam tayar sebuah trak 18 roda di Lebuhraya Pantai Pasifik, barat Los Angeles.


Menurut laporan Jabatan Polis Santa Monica dalam satu kenyataan, nahas berkenaan membabitkan sebuah trak bersaiz gergasi dan Porsche hitam yang dinaiki Lindsay bersama seorang lelaki. "Kedua-dua kenderaan sedang memandu ke arah utara di Lebuhraya Pantai Pasifik apabila Porsche tiba-tiba menghentam belakang trak. Namun, punca kemalangan masih disiasat," menurut kenyataan itu.





.

Penyanyi D'lloyd Meninggal Dunia



Vokalis kumpulan terkenal era tahun 70-an iaitu D'lloyd, Saymsuar Hasyim atau lebih dikenali sebagai Sam menghembuskan nafas terakhir pada pukul 7.15 pagi pada Sabtu. Allahyarham meninggal pada usia 64 tahun. Sahabat baiknya yang juga ahli kumpulan D'lloyd iaitu Bartje Van Houten ketika dihubungi media Indonesia memberitahu, Sam meninggal dunia akibat penyakit jantung dan kanser paru-paru yang dihadapinya sebelum ini. "Sakit jantung dan kanser paru-paru adalah punca kematian Allahyarham. pemergiannya adalah satu kehilangan buat industri muzik Indonesia," ujarnya.


Tambah Bartje, jenazah akan dikebumikan di Tanah Kusir, Jakarta. Antara lagu popular kumpulan itu adalah seperti Keagungan Tuhan, Tak Mungkin, Oh Di Mana, Karena Nenek, Semalam di Malaysia dan banyak lagi. D'lloyd bukan sahaja popular di Indonesia malah Malaysia, Singapura dan Brunei.





.

Dua apartmen runtuh



Tiga sekeluarga termasuk seorang bayi berusia 18 tahun terbunuh dan 10 lagi cedera selepas dua apartmen runtuh di pekan Coversano, tenggara Itali semalam, ekoran satu letupan yang dipercayai berpunca akibat kebocoran gas.

Pasukan penyelamat menemui ketiga-tiga mayat mangsa kelahiran Itali-Belanda itu beberapa jam selepas letupan itu berlaku. Pihak berkuasa mengenal pasti mangsa lelaki terbabit sebagai Bernardo Vitto, 32, seorang tukang masak piza dari Conversano yang berhijrah ke Belanda. - REUTERS






.

Haramkan penggunaan beg plastik itu perkara bodoh?



Datuk Bandar Toronto menyifatkan tindakan majlis bandaraya itu mengundi untuk mengharamkan pengagihan beg plastik sebagai "perkara terbodoh" yang pernah dilakukan. Majlis Bandaraya Toronto meluluskan usul bagi mengharamkan pengagihan bag plastik sekali guna menjelang 1 Januari, sekali gus menjadikan Toronto bandaraya terbesar di Amerika Utara yang berbuat demikian.
 

Datuk Bandar Rob Ford memberitahu stesen radio tempatan bahawa pengharaman beg plastik itu "tidak masuk akal" dan percaya bandaraya itu akan menghadapi cabaran perundangan. San Francisco, Seattle dan Los Angeles sudah melaksanakan pengharaman penggunaan beg plastik sekali guna. - AP





.

Farah pulanglah..



“Minta tolong sangat-sangat, sesiapa yang ada terjumpa anak saya, hubungi saya segera atau pihak polis berdekatan. Saya bimbang dengan keselamatan dia.” Demikian rintihan seorang ibu yang mahu anak gadisnya, Farah Nur Waheda Syafiqa Abd Latif, 23, kembali ke pangkuan keluarga. Farah Nur Waheda Syafiqa didakwa menghilangkan diri sejak Sabtu lalu berikutan berlaku perselisihan faham antara dia dan ibunya. Menurut Nor Diani Safie, 48, anaknya itu seorang peramah tetapi tidak mempunyai ramai kawan di sini. “Selepas tamat persekolahan, dia pernah bekerja sebagai pembantu di kantin Kem Batu 10, Kuantan dan selepas berhenti, terus menetap bersama saya di sini.

“Sekarang dia tidak bekerja tetapi membantu saya mengasuh kanak-kanak yang dihantar ke rumah saya,” katanya kepada Sinar Harian. Difahamkan, kali terakhir Nor Diani menegur anaknya itu pada Sabtu lalu, kira-kira jam 7 malam apabila melihat anaknya yang hanya memakai seluar sukan berwarna hitam dan blaus berbunga merah jambu berada di laman rumahnya. Katanya, dia bertanyakan anaknya hendak ke mana pada waktu itu, tetapi diberitahu mahu keluar di hadapan rumah sahaja.

“Saya tidak sangka, itulah perbualan terakhir saya dengan anak sebelum dia hilang. Saya telah menghubungi semua saudara-mara dan kawan-kawannya di sini, tetapi tiada seorang pun yang mengetahui. “Malah, saya juga cuba menghubungi telefon bimbitnya tetapi gagal, begitu juga telah menghantar pesanan khidmat ringkas (SMS), namun tiada jawapan,” katanya. Bimbang dengan keselamatan anaknya, Nor Diani membuat laporan polis. Nor Diani berkata, dia ada menerima panggilan telefon daripada anaknya kira-kira jam 1 petang semalam, memberitahu dia dalam keadaan selamat dan kini tinggal di asrama tempat dia bekerja sekarang.


“Dalam perbualan singkat itu, dia langsung tidak memberitahu lokasinya sekarang walaupun saya mendesak. Bagaimanapun saya bersyukur dia selamat, tetapi kalau boleh saya mahu dia kembali ke pangkuan keluarga,” katanya. Mereka yang pernah terserempak dengan Farah Nur Waheda Syafiqa boleh menghubungi talian 013-9136450 atau ke balai polis berdekatan. -Sinar Harian





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!