Sunday, June 10, 2012

Harus! Haram kedai jual pakaian ketat



Premis-premis perniagaan di wilayah Aceh, tidak lama lagi akan diharamkan menjual pakaian yang ketat. Pengumuman itu dibuat selepas polis Syariah di Banda Aceh menahan dan menegur lebih 50 wanita dan tiga lelaki kerana melanggar kod berpakaian secara Islam, termasuk memakai pakaian ketat dan pendek. Ketua penguatkuasa agensi yang memantau pelaksanaan undang- undang Syariah di Aceh, Samsuddin berkata, pejabatnya akan mengeluarkan satu pekeliling yang akan mengharamkan premis-premis perniagaan menjual pakaian ketat. ''Gabenor Aceh yang baru dipilih juga menyokong pelaksanaan undang-undang Islam itu," kata Samsuddin.


Polis Syariah di Aceh sering melakukan rondaan untuk menguatkuasakan undang-undang Islam dan mengharamkan kelakuan tidak wajar antara pasangan yang belum berkahwin. Pegawai akan merekodkan butiran peribadi mereka yang ditahan melakukan kesalahan, menasihati mereka dan memaklumkan bahawa mereka mungkin akan dipenjara atau dirotan jika ditahan sekali lagi. Menurut Samsuddin, agensinya telah menahan kira-kira 300 wanita yang melanggar kod berpakaian secara Islam dalam tempoh dua bulan lalu. - DPA





.

Heboh! Kate Middleton kini sedang hamil



Foto terbaru, Kate yang berkahwin dengan Putera William seperti mempamerkan kehamilannya. Khabar tersebar, Kate kini sedang hamil. "Kami fikir pada awalnya mungkin hanya keadaan gaunnya yang memungkinkan memperlihatkan kehamilannya ketika berjalan," kata seorang saksi yang melihat Kate pada 31 Mei 2012 ketika mengunjungi kedai perhiasan termpatan di Chelsea, London.


"Tapi jika dilihat dengan dekat, itu adalah perut yang mengandung seorang bayi. Terlihat jelas. Apalagi wajahnya lebih bulat (gemuk), dan begitu juga punggungnya lebih berisi," tambah sumber itu, seperti dipetik dari showbizspy.





.

Enam samseng dipenjara 136 tahun



Enam anggota kumpulan samseng dijatuhi hukuman penjara berjumlah 136 tahun atas dakwaan menyerang polis, merusuh dan membakar bangunan di Birmingham ketika kejadian rusuhan di Britain pada Ogos lalu. Mahkamah semalam mendapati tertuduh, Tyrone Laidley, 20. bersama Jermaine Lewis, 27, Nicholas Francis, 26, Wayne Collins, 25, dan Renardo Farrell, 20, bersalah atas tuduhan memiliki senjata api dengan niat mencederakan, membakar bangunan dan merusuh, selepas perbicaraan selama enam minggu. Seorang lagi tertuduh, Amirul Rehman, 17, pula didapati bersalah kerana merusuh dan memiliki senjata api.


Setiap tertuduh dijatuhi hukuman penjara sehingga 30 tahun selepas mahkamah dimaklumkan mereka menggunakan senjata api untuk menyerang polis tidak bersenjata sebelum melepaskan tembakan ke arah sebuah helikopter polis. Semua tertuduh yang dipercayai anggota kumpulan samseng tempatan, didakwa membakar sebuah kelab malam dengan pekerja terperangkap di tingkat atas bangunan itu, bertujuan untuk menarik perhatian polis. Polis berkata, kira-kira 41 anggota samseng tersebut kemudian menyerang polis dan melancarkan roket sebelum melepaskan tembakan.

Rakaman litar tertutup (CCTV) yang didedahkan menunjukkan sekumpulan lelaki bertopeng dan bersenjatakan kayu bola lisut memecahkan tingkap kelab malam itu serta melemparkan objek ke arah jalan raya. Mereka turut melepaskan tembakan ke arah helikopter polis yang memantau kejadian tersebut. - AGENSI





.

Mr Bean Kesurupan Depe



Heboh khabar bahawa Mr. Bean berlakon dalam filem Indonesia baru-baru ini terus menghiasi media tempatan di Indonesia. Media berbahasa Inggris di Jakarta pun tidak ketinggalan menyiarkan berita ini. Kerana pelakon bersamanya, Dewi Perssik, ramai yang ingin tahu benarkah Mr. Bean, iaitu Rowan Atkinson pelakon popular luar negara itu benar-benar turut membintangi filem itu.


Namun rupanya, helah yang dilakukan produser KK Dheeraj dengan kehadiran seseorang yang mirip Mr. Bean dalam filem “Mr. Bean Kesurupan Depe” jadi perbualan hangat. Sebahagian besar melontarkan kecaman lantaran merasa tertipu dengan tidak hadirnya Mr. Bean asli yang selama ini dilakonkan Rowan Atkinson. Benar atau tidak, marilah kita tunggu filem ini berada dipasaran..







.

Individu tertua meninggal dunia



Individu tertua di Eropah, Marie Therese Bardet meninggal dunia pada usia 114 akibat sakit tua, di sini semalam. Menurut Kumpulan Kajian Gerontologi, Bardet merupakan individu keenam paling tua di dunia dan baru sahaja menyambut hari jadi yang ke-114 pada 2 Jun lalu. Berdasarkan maklumat yang diperoleh, wanita itu mempunyai dua anak, tujuh cucu, 15 cicit dan enam piut. - DPA







.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!