Saturday, June 30, 2012

Tips untuk nikah cepat


Siapakah tidak mahu menikah cepat? Jika ada maka dia pasti ada masalah di dalam jiwanya yang perlu diselesaikan. Sesungguhnya setiap orang perlu bernikah kerana ia fitrah dan bahkan ia sudah menjadi sunnah dan kewajipan dalam agama dan masyarakat. Nikah itu dapat membina keperibadian dan membentuk kekeluargaan serta sifat tanggungjawab dalam diri seorang insan untuk terus hidup dengan membela dan mempertahankan nilai-nilai kemanusiaan dan kelangsungan generasi masa depan. Perbincangan kali ini mengenai bagaimanakah seseorang itu boleh menikah dengan cepat?

Penceramah bebas, Emran Ahmad berkata, ada beberapa cara yang mampu dititipkan sebagai petua dan panduan untuk memudahkan pernikahan. Ini juga sebagai langkah panduan kepada anak muda mengenai cara untuk segera beroleh jodoh di samping mendapatkan pasangan. Cara pertama, menurutnya, merayu dengan ibu bapa agar sudi mencari calon atau menikahkan dengan segera. Ibu bapa memainkan peranan penting dalam urusan nikah. Ini kerana jika mereka menyokong dan membantu maka akan mudah dan segeralah pernikahan itu dapat berlangsung.

Mereka boleh membantu pernikahan itu disegerakan atau pun menghalangnya sehingga ia dilambat-lambatkan. “Perhubungan yang baik dengan ibu bapa amat penting bagi membantu menyegerakan nikah. "Mereka boleh berusaha mencari calon dan tahu memilih pasangan yang sesuai dengan diri anda kerana di samping diri sendiri maka merekalah orang yang paling tahu kebolehan dan keperluan diri anda,” katanya. Namun bagi mereka yang terhalang nikah kerana keluarga maka nasihatnya, segeralah bernikah dengan menggunakan wali hakim atau wali sultan dan berusaha mencari jodoh atau pasangan secara sendiri dan menggunakan bantuan kawan yang dipercayai.


Bantuan keluarga 

Cara Kedua pula kata Emran, minta bantuan ahli keluarga yang simpati dan berkemampuan untuk menghulurkan bantuan. Ahli keluarga tidak semestinya hanya ibu bapa sahaja tetapi sesetengah orang mempunyai bapa saudara atau ibu saudara; datuk atau nenek atau ahli keluarga terdekat seperti abang dan kakak yang dapat membantu dalam urusan pernikahan. “Jika tiada sokongan dari atas mungkin ada abang atau kakak yang berkeluarga dan bersedia membantu mencarikan pasangan untuk adik melalui kenalan, rakan dan sahabat seperjuangan yang dipercayai serta diyakini berkemampuan dan layak dijadikan pasangan untuk ahli keluarga mereka,” katanya. Cara ketiga pula, rapat dengan orang tua dan tokoh agama untuk memudahkan dapat bantuan. Orang tua tahu dan mengenali ramai orang yang mungkin dapat membantu anda memperoleh jodoh yang baik.

 "Contohnya, Si Minah yang memakai tudung labuh, anak makcik Siti yang menghafaz al- Quran, Johari yang rajin solat di masjid dan pelbagai lagi cerita dan perkara yang diketahui mereka yang dapat membantu anda menemui jodoh yang sesuai dengan izin ALLAH SWT. “Bahkan kerap kali persahabatan dengan tokoh agama dan orang tua juga berfungsi untuk memujuk ibu bapa dan pihak keluarga yang mempunyai keberatan untuk menikahkan anak-anak mereka,” katanya. Selain itu Emran berkata, sertai jemaah atau organisasi dakwah dan mencari jodoh melalui unit di dalam organisasi. “Ramai orang bercinta sesama ahli jemaah, rakan persatuan atau organisasi yang diceburi.

Perkara ini menjadi lumrah kalangan pelajar institusi pengajian tinggi untuk terlibat dengan kegiatan usrah, tamrin atau program motivasi di mana pelajar lelaki dan perempuan akan bertemu dan bergabung dalam satu organisasi jawatan lalu mempunyai ruang untuk berkenalkenalan dan berhubung antara satu sama lain. “Pada saya menyertai jemaah atau organisasi dakwah dengan hasrat untuk mencari jodoh dan pasangan adalah lebih bermakna dan berbaloi daripada menyertainya untuk berjuang tanpa arah tuju dan tanpa kefahaman ilmu semata-mata mengikut semangat dan perasaan,” katanya.


Pilih calon 

Emran menambah, seterusnya boleh juga mencari calon pasangan daripada keluarga yang terkenal memahami sunnah dan memudahkan perkahwinan. “Cara ini tidak boleh digunakan untuk semua orang. Tetapi jika benar anda mengenali atau mengetahui ada keluarga yang beragama dan terkenal warak serta memahami agama dan sunnah, maka cubalah nasib dengan meminang anak gadis mereka atau pun menghampiri keluarga mereka untuk berkenalan jika ada anak lelaki mereka yang dapat dijadikan pasangan." Beliau berpendapat, ramai orang memandang rendah kepada agama dewasa ini tetapi hakikatnya agama lebih utama daripada kemewahan dan harta kekayaan.

Ramai anak orang kaya menderita tiada jodoh atau susah mendapatkan pasangan tetapi anak orang susah dan miskin pula dengan segera dan mudah sahaja membina rumah tangga dan bertemu pasangan,” katanya. Tidak kurang juga katanya, dengan cara bernikah dengan anak yatim, janda atau duda yang sedia menyegerakan nikah. Menikahi anak yatim banyak kebaikannya serta diberikan pahala dan ganjaran yang besar jika dapat menjaga dan memelihara mereka dengan baik. Bagi orang lelaki, anda boleh bertanya kepada penjaga dan pengasas rumah anak yatim yang dikelolakan oleh ramai individu secara persendirian atau kepada rumah anak yatim yang dikendalikan secara syarikat atau organisasi tertentu. “Sepatutnya tidak ada masalah menikahi anak yatim ini kerana wali mereka sudah tiada dan proses urusan nikah seharusnya lebih mudah bagi membantu mereka mendirikan rumah tangga dan kehidupan baru yang bahagia,” katanya.-mstar





.

Cacing Hidup Dikeluarkan Dari Mata Pesakit


Seorang pakar bedah, Dr V. Seetharaman menemui seekor cacing sepanjang 13 sentimeter (cm) yang masih hidup dalam mata seorang pesakit yang merupakan warga emas yang menemuinya kerana mengalami sakit mata yang berterusan. Berdasarkan pemeriksaan ke atas lelaki yang berusia 75 tahun di Hospital Fortis, Mumbai minggu ini, pakar mata itu terkejut apabila melihat parasit itu menggeliang-geliut dan perlu melakukan pembedahan dengan segera untuk mengeluarkannya sebelum ia mengakibatkan kecederaan serius. “Cacing itu bergerak-gerak di bawah konjuktiva,” kata Seetharaman kepada AFP, yang merujuk kepada garisan membran nipis pada mata.

“Kes seperti ini merupakan yang pertama kali berlaku dalam kerjaya saya selama 30 tahun.” Pesakit itu yang merupakan seorang pesara, P.K. Krishnamurthy mengalami kesakitan itu selama lebih dua minggu dengan kesan merah dan kerengsaan pada mata sebelum doktor mengesannya menerusi mikroskop pada Rabu. - AFP






 .

Hati-hati menaiki bas..pada mulanya dijalan raya, tiba-tiba ditengah hutan


Seorang pemandu bas bersama 33 penumpang lain mengalami peristiwa aneh apabila bas yang dinaiki mereka secara tiba-tiba berada di tengah-tengah hutan walaupun pada mulanya berada di atas jalan raya. Dalam kejadian tersebut, bas milik syarikat Pahala Kencana yang dalam perjalanan dari Jakarta ke Madura, pada mulanya menggunakan jalan Juwana-Rembang sebelum pemandunya beralih ke jalan alternatif. Namun ketika menyusuri jalan Jaken di wilayah Jati, bas tersebut secara tiba-tiba berada di hutan Gadogan yang terletak di Jawa Tengah.

Pemandu bas tersebut cuba untuk bergerak ke depan dan ke belakang, namun gagal disebabkan pokok jati menghalang pergerakan kenderaan itu. Selepas menyedari bas itu terperangkap di tengah-tengah hutan, pemandu itu kemudian meminta pertolongan daripada penduduk di kawasan terbabit. Namun, kereta peronda polis tidak dapat memasuki lokasi kejadian disebabkan tiada jalan yang menghubungkan tempat tersebut. Selepas lima jam tersadai, sekumpulan mekanik syarikat Pahala Kencana berjaya mengeluarkan bas tersebut selepas memotong pokok-pokok yang menghalang laluan kenderaan itu. Pegawai polis yang ditemui, Briptu Suwignyo mengesahkan kejadian tersebut dan berkata, badan bas itu tidak mempunyai kesan calar atau rosak akibat melanggar pokok di hutan terbabit.

Namun, jelasnya, ia bukan kejadian kali pertama kerana sebelum ini dua trak minyak pernah mengalami nasib yang sama dan ia dipercayai berkaitan gangguan makhluk halus. "Kawasan hutan ini sering dijadikan pihak tertentu melakukan amalan syirik dengan harapan menjadi kaya dengan cepat. "Oleh itu tidak hairan orang yang melalui jalan di sini sering diganggu makhluk halus yang dipuja golongan tidak bertanggungjawab itu," katanya kepada Tribunnews.com. - AGENSI





.

Bila artis kantoi



Biarpun Mila Kunis mahupun Ashton Kutcher tidak pernah membuat sebarang pengakuan mengenai hubungan mereka, namun pasangan ini ‘ditangkap’ semasa sedang menikmati makan malam romantik di restoran LA Giorgio Baldi pada 23 Jun lalu. Menurut sumber, pasangan ini bagaimanapun tidak keluar berdua sebaliknya ditemani dua lagi pasangan yang merupakan rakan karib Mila. “Mereka tiba sekitar jam 8 malam. Bukan hanya Mila dan Ashton sahaja di situ, sebaliknya ada dua lagi pasangan yang menemani mereka iaitu pengurus Mila, Susan dan suaminya serta anak Susan, Cami Curtis juga bersama suaminya.

“Mila dan Ashton kelihatan sangat rapat dan mesra seperti pasangan bercinta. Malah, pandangan Ashton tidak lekang daripada memerhati Mila sepanjang malam tersebut,” katanya. Ashton,34, berpisah dengan isterinya, Demi Moore, 49, pada November lalu selepas enam tahun berkahwin. Bagaimanapun, mereka masih dalam proses penceraian.







.

Geli tengok ni..



Beberapa pekerja melapah dan memotong ular tedung di sebuah gudang di sini bagi menyara kehidupan mereka. Seorang pekerja pernah memotong dan melapah antara 10 hingga 300 ekor ular tedung berbisa sehari. Hempedu, daging dan beberapa bahagian lain ular tersebut dibeli oleh pemilik-pemilik restoran di sekitar Yogyakarta untuk dijadikan makanan. - Agensi




P/S - Betul-betul geli tengok.. Tapi mereka terpaksa melakukannya demi meneruskan kehidupan...huhu






.

Kerana lamaran ditolak



Seorang gadis yang baru dua minggu mengikat tali pertunangan dibunuh kejam apabila dia diserang sebelum dibakar hidup-hidup di depan pintu rumahnya di tingkat sembilan Apartmen Mesra Prima, Kampung Ampang Campuran di sini kelmarin. Dalam kejadian menyayat hati pada pukul 9.30 malam itu, mangsa P. Yoga Ambiga, 27, seorang kerani sebuah bank di Medan Pasar, Kuala Lumpur mati dalam keadaan seluruh badannya bertukar putih akibat melecur seratus peratus. Mangsa cuba diselamatkan oleh jiran namun gagal. Sebelum diserang, Yoga yang membawa bungkusan makanan mahu membuka pintu rumah tetapi terlebih dahulu diserang dan dibakar oleh tiga suspek.


Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Md. Nazri Zawawi berkata, selepas diserang dari belakang, sekumpulan suspek terus menyimbah sejenis cecair dipercayai minyak tanah ke badan mangsa sebelum mencucuh api. "Tidak sampai lima minit badan mangsa hangus terbakar. Mangsa sempat menjerit namun jiran-jiran gagal menyelamatkan mangsa kerana badannya terbakar sepenuhnya," kata beliau ketika dihubungi. -kosmo






.

Pengantin berseri.. tahniah Irma Hasmie



Pelakon Irma Hasmie,30, akhirnya bergelar isteri kepada seorang ahli perniagaan Reza Syah Azmeer Datuk Mohd Redzuan,31, dengan sekali lafaz dalam satu majlis sederhana. Mereka diijabkabulkan di Dewan Persidangan, Kompleks Perbadanan Putrajaya pada Jumaat yang dihadiri kira-kira 300 tetamu, terdiri daripada ahli keluarga kedua-dua mempelai.


Pada majlis itu pihak lelaki memberikan tiga dinar emas (RM2,222) sebagai mas kahwin sementara wang hantaran dirahsiakan. Perkahwinan ini amat bermakna buat Irma selepas kegagalan cintanya yang lalu bersama pelakon Farid Kamil dan pelawak Nabil.





P/S - Tahniah Irma, kamu memang pengantin yang paling berseri.. semoga berbahagia... Sumber gambar dari FB Hatta Dolmat.







.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!