Saturday, July 7, 2012

Gambar kahwin Ella dan Azhar



Ratu Rok Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin, 46, mengakhiri zaman bujang dan malam ini sah bergelar isteri kepada juruterbang Firefly, Azhar Husaini Ghazali, 30. Pasangan tersebut dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Telok Gadong, Baharudin Abu Bakar manakala abang sulung Ella, Mohd Nor Izam Aminuddin bertindak sebagai wali. Dengan hanya sekali lafaz, pasangan ini yang berkenalan sejak sembilan tahun lalu sah bergelar pasangan suami isteri.

 
Majlis pernikahan kedua-dua mempelai ini berlangsung di rumah keluarga Ella di Telok Gadong di sini kira-kira jam 10.35 malam ini. Majlis yang diadakan dalam suasana sederhana namun meriah, dihadiri kira-kira 200 jemputan terdiri daripada kaum keluarga pengantin kedua-dua pihak. Pengantin perempuan menerima RM50,300 sebagai mas kahwin dan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang daripada pihak perempuan.


Antara barang hantaran yang diberi adalah kek, set minyak wangi, dan cincin. Penyanyi kelahiran Gelugor, Pulau Pinang ini tampil anggun mengenakan busana rekaan Syaiful Baharim. Majlis resepsi pasangan pengantin baru ini dijangka diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, 1 Disember ini. Ella dikatakan sudah mengenali Azhar sejak sembilan tahun lalu dan hubungan mereka hanya serius semenjak tiga tahun lepas.







.

Ibu pukul anak kerana anak kurang baca Quran



Seorang wanita Muslim yang berulang kali memukul anak perempuannya berusia sepuluh tahun dengan sendok baja kerana kurang membaca ayat-ayat al-Qur'an, akhirnya dipenjara. Asia Parveen, yang hamil lima bulan pada waktu itu, mencederakan anaknya, kemudian mengaku ledakan kekerasan itu dipicu oleh hormonnya. Anaknya berjaya melarikan diri ketika Parveen berlari ke dapur untuk mengambil pisau, dan ditemukan sendirian di stesen bas ketika hari mulai gelap. Parveen, 31 tahun, bergaduh dengan anak perempuannya pada 15 ogos tahun lalu, kata Snaresbrook Crown Court di London. Dia menuduh anaknya berbohong mengenai berapa banyak ayat-ayat Alquran yang dibaca ketika berdoa.

Dia kemudian memukul anaknya dengan sendok sepuluh inci selama 45 minit dan memaksanya untuk berdiri dengan tangan terentang selama empat jam. Doktor mengidentifikasi 57 kecederaan, termasuk luka di lengan, kaki, siku dan kepala, ketika dia diperiksa di rumah sakit. Parveen, seorang mantan penari tradisional profesional yang telah melakukan tour di seluruh dunia, telah berpuasa selama bulan suci Ramadhan sebelum serangan. Dia dianggap "tidak bermoral" oleh sebahagian masyarakat di Pakistan untuk karier menari dan ingin anaknya untuk melaksanakan tugas agama dengan betul. Ibu dari tiga anak ini, mengaku bahawa telah menyebabkan beberapa luka pada gadis itu dengan sendok, tetapi mengakui sesuatu lain pasti terjadi ketika anak itu jatuh.


Dia kemudian tidak mengakui pernah mengancam akan membunuh anak sepuluh tahun itu atau mengambil pisau. Parveen, yang diberitahu keputusan oleh juru bahasa Punjabinya, pengsan ketika sedang dibawa ke sel.





.

Kenali Candi Borobudur, Borobudur, Jawa Tengah, Indonesia


Buku Rekod Dunia Guinness (GWR) mengisytiharkan Candi borobodur di Magelang, Jawa Tengah, sebagai kawasan arkeologi candi Buddha terbesar di dunia, kata Pengarah Presiden PT Taman Wisata Candi (TWC), Purnomo Siswoprasetjo, semalam. TWC adalah syarikat swasta yang menjaga kuil itu. “Pada 27 Jun lalu, kami menerima pengiktirafan rasmi daripada GWR di London,” katanya seperti yang dipetik oleh akhbar kontan.co.id.

Dibina pada kurun kesembilan, besar Candi Buddha Mahayana adalah 123x123 meter persegi dan mempunyai kawasan 60,000 meter padu. Sebelum ini UNESCO telah mewartakan kuil itu sebagai warisan tapak dunia. - Jakarta Post






.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!