Tuesday, July 17, 2012

Katie Holmes dan Suri Cruise kemalangan!


Katie Holmes dan anak perempuannya Suri Cruise telah terlibat dalam perlanggaran kereta kecil di New York City hari ini, menurut laporan. Pelakon dan anak perempuannya yang berusia enam tahun dengan Tom Cruise dipercayai telah berada ditempat duduk belakang kereta sedan Mercedes hitam apabila ia telah dilanggar oleh lori sampah pada petang Isnin.


Tiada siapa dilaporkan tercedera ketika kejadian. Katie dilihat meninggalkan Manhattan, Chelsea Piers dengan Suri, di mana Suri berlatih gimnastik, sebelum kejadian itu berlaku. Polis tiba ke tempat kejadian dan segera menyiasat punca kejadian. Katie dan anaknya selamat dan segera meninggalkan tempat kejadian.






.

Jarum Dalam Menu Hidangan Kapal Terbang


Syarikat penerbangan Delta Air Lines Inc dan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) sedang mengenal pasti bagaimana jarum berada dalam menu hidangan sandwic dalam empat penerbangan dari Amsterdam, yang mengakibatkan seorang penumpang tercedera. Juricakap Syarikat penerbangan Delta, Kristin Baur, berkata jarum itu ditemui dalam lima hidangan sandwic kelmarin, yang mengakibatkan seorang penumpang dalam penerbangan ke Minneapolis cedera.

Bagaimanapun, penumpang itu enggan mendapatkan rawatan susulan. Sementara itu, jarum turut ditemui dalam menu dua penerbangan ke Atlanta dan satu ke Seattle. Pejabat FBI di Atalanta sudah membuka kertas siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian. - AP







.

Pelakon Transformer ini menjadi model muka depan majalah tanpa pakai....


Bintang Transformer, Rosie Huntington-Whiteley telah kembali kepada dunia permodelan untuk terbitan baru majalah GQ Jerman. Menjadi model muka depan dengan gaya penuh kontroversi, iaitu hanya mengenakan seluar dalam yang bertulis nombor 10 dan dengan payudara yang terdedah. Walaupun lakonannya dalam Transformer tidak dapat memenangi hati peminat dibandingkan dengan Megan Fox, keupayaannya sebagai model, memang sering mendapat pujian.







.

Drew Barrymore yang sarat hamil


Anak mereka belum lagi dilahirkan, tetapi suami baru Drew Barrymore, Wil Kopleman sudah menjadi ayah yang penyayang. Ahli perniagaan berusia 34 tahun itu meletakkan tangannya sebagai pelindung di atas perut besar pelakon itu apabila mereka keluar untuk menikmati yogurt semalam. Bintang Charlie's Angel itu memperlihatkan perutnya yang besar dalam T-shirt biru besar yang dipasangkan dengan seluar bercorak dari warna yang sama. Ianya jelas kelihatan Drew akhirnya telah menemui kehidupan keluarga yang stabil yang dia tidak punya ketika kanak-kanak. Drew berkahwin dengan Will Kopelman pada Jun 5 di rumah agam gaya Mediterranean di Montecito, California.






.

Apa nak jadi? Anak belajar dan diajar agama kristian di sekolah


Sebuah sekolah Katolik di bandar ini (England) mendedahkan 90 peratus muridnya beragama Islam. Bangunan sekolah itu penuh dengan ikon dan patung berkait dengan agama Kristian dan murid melakukan upacara keagamaan Katolik setiap hari. Namun, hanya 40 kanak-kanak yang belajar di situ adalah penganut Katolik. Ada di kalangan bapa murid itu adalah imam sementara sebahagian pelajar tinggal di kawasan masjid berhampiran.  Bagaimanapun, Sekolah Rendah Katolik Rosary yang terletak di kawasan penduduk majoriti Islam menegaskan, hubungannya dengan gereja Katolik adalah kukuh.


Ada murid Islam bertindak sebagai pelayan paderi di perhimpunan sekolah.Pengetuanya, John Gub- bins berkata: “Kami mengikut program pelajaran Gereja Katolik untuk pelajaran agama yang diberikan kepada murid antara 10 hingga 15 peratus seminggu.” - DM







.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!