Wednesday, July 18, 2012

Telefon tablet mudah alih yang sangat istimewa


Pengeluar telefon kelima terbesar India, Karbonn Mobiles, bekerjasama dengan Eros dan Mediaone untuk melancarkan telefon dan tablet edisi istimewa bagi filem terbaharu bintang filem terkenal India Selatan Rajinikanth 'Kochadaiyaan'. Sebagai sebahagian daripada janji niaga dengan Eros dan Mediaone, syarikat itu akan mengeluarkan 500,000 telefon Kochadaiyaan di bawah penjenamaan mudah alihnya, demikian lapor Times of India. Karbonn Mobiles dijangka melancarkan telefon dan tablet Rajinikanth sekitar September atau Oktober serentak dengan pelancaran muzik filem itu. Produk peranti mudah alih dengan kandungan istimewa Kochadaiyaan termasuklah telefon, telefon pintar dan Karbonn Smarttab 1 yang baru dilancarkan.

Peranti itu akan mempunyai kandungan ekslusif seperti dialog, screensaver, imej, trivia dan runut bunyi filem itu, kata akhbar itu. Selain itu, pembeli juga boleh menonton trailer filem tersebut di telefon mereka. India merupakan pengeluar filem terbesar di dunia dan juga mempunyai pasaran mudah alih yang besar. Rajinikanth, yang akan berusia 62 pada 12 Dis, mempunyai pengikut bukan hanya di India, tetapi juga di seluruh dunia, termasuk Jepun dan Malaysia. -BERNAMA





.

Kerani bank gelapkan duit untuk buat pembedahan plastik dan membeli belah demi kerjaya model


Seorang pegawai bank yang berangan-angan menjadi model mencuri £ 46.000 dari tempat kerjanya - bank, dan menghabiskannya untuk pembedahan plastik dan membeli belah. Rachael Claire Martin, 24, menggunakan wang tunai untuk pembedahan payudara, rawatan gigi dan sedut lemak, serta penyambungan rambut dan berpoya poya. Dia pada awalnya menyangkal 25 tuduhan pencurian pada tahun 2010.

Tapi pada hari pertama perbicaraan, dia mengaku mencuri wang sebesar £ 46.000. Hasil wang tersebutlah yang membuatkannya menyiapkan diri menjadi seorang model. Lihatlah keadaannya kini.. Namun kerana kantoi, bukan sahaja angan-angannya menjadi seorang model akan musnah, bahkan dia bakal dipenjara.







.

Larangan mengumandangkan azan


Israel lagi-lagi menekan kehidupan beragama warga Palestin. Kali ini, pihak berwajib di Israel melarang Masjid Al Ibrahimi di Palestin, tepi Barat, untuk mengumandangkan azan yang biasa terdengar di setiap waktu solat. Seperti dipetik dari islamidvet.com, larangan kerana panggilan itu mengganggu warga Israel yang sedang melaksanakan perayaan. Bukan kali ini saja pihak berwajib Israel membuat ketetapan seperti itu. Sebenarnya ianya sudah dilakukan sebanyak 54 kali. Selain itu, militan Israel juga melakukan pembatasan dan memperketat penjagaan di pintu utama dan perjalanan yang mengarah ke Masjid. Sejauh ini, pemerintah Israel belum memberikan keterangan diatas masalah ini.






.

Kenali Liang XiaoXiao


Dengan senyuman nakal dan sifat suka bermain, Liang Xiaoxiao tidak ada bezanya seperti mana-mana kanak-kanak lain. Dia selalu bermain dengan kanak-kanak kecil yang lain. Walau bagaimanapun, saiz kanak-kanak berusia tiga tahun ini berbanding dengan kanak-kanak lain, jelas menunjukkan bahawa ada yang tidak kena. Dia dipercayai sebagai kanak-kanak perempuan yang paling kecil di dunia. Dilahirkan dengan berat 1.05kg dan ketinggian hanya 33cm.


Pada usia tiga tahun, dia hanya 54 cm dan berat 2.5kg. Doktor di Huaihua, China, percaya bahawa mutasi genetik telah berhenti untuk membuatkan dia membesar. Tetapi melalui gambar ini, ia jelas menunjukkan betapa kasih sayang ibunya yang dengan bangganya memperlihatkan keunikkan anaknya di hospital Kanak-kanak Provinsi Hunan di Changsha, China.






.

Rakaman video menjijikkan


Rakaman video menjijikkan yang kelihatan menunjukkan mayat bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi dijadikan tempat untuk melepaskan geram muncul di Internet, semalam. Dalam video yang dimuatnaikkan ke YouTube menunjukkan pemberontak yang marah terhadap bekas pemimpin itu menggunakan mayat diktator berkenaan seolah-olah sebagai anak patung untuk dipersenda. Rakaman itu disedari selepas seorang aktivis antikerajaan Syria mengaitkannya dalam Twitter bagi tujuan mengancam Presiden Bashar al-Assad. Video sepanjang seminit itu, yang kesahihannya tidak dapat disahkan, dipercayai dirakam pada 20 Oktober lalu, hari Gaddafi ditangkap dan dibunuh oleh tentera pemberontak.

Ia menunjukkan suasana sambutan yang kecoh sambil beberapa pemuda menjerit dan bersorak di sebelah van mengandungi mayat yang menyerupai Gaddafi. Mayat itu tidak berbaju dan dilitupi darah serta terkulai. Seorang pemberontak dilihat menggerak-gerakan kepala mayat itu sambil bercakap dalam bahasa Arab, seolah-olah mengajuk bekas pemimpin Libya itu. Beberapa lelaki lain dilihat merakamkan kejadian dengan telefon bimbit masing-masing. Mayat Gaddafi kemudian di bawa keluar dari van itu dan ditempatkan di atas tempat kelihatan seperti pengusung.


Selepas video itu dimuatnaikkan, aktivis antikerajaan Syria, Sami Al Hamwi menulis dalam Twitter mengenainya: “Seseorang perlu menghantar ini kepada Bashar.” Rakaman itu yang kemudian disiarkan oleh akhbar Huffington Post, adalah yang paling jelas setakat ini berhubung suasana yang menyelubungi kematian Gaddafi. Ia disiarkan kurang dua minggu selepas pilihan raya demokratik pertama Libya yang nampaknya akan dimenangi oleh parti liberal sekular.

Gaddafi memerintah Republik Arab Libya selepas menggulingkan Raja Idris dalam rampasan kuasa tanpa pertumpahan darah pada 1969. Tunjuk perasaan menentang beliau bermula pada Februari 2011 berikutan kebangkitan rakyat di Mesir dan Tunisia. - Hmetro





.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!